web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Khadijah Ibrahim Terima Anugerah Inspirasi Sepanjang Zaman

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2023 7:33PM

Pelantun lagu Kupendam Sebuah Duka ini datang daripada keluarga seni termasuk kakaknya Datin Sophia Ibrahim serta abangnya Allahyarham Latif Ibrahim. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Penyanyi legenda, Datuk Khadijah Ibrahim antara penerima Anugerah Inspirasi Sepanjang Zaman pada acara “The Celebration: Life Begin at 50’ sempena Festival Warga Emas 2023 yang berlangsung di pusat beli-belah di sini hari ini.

Khadijah, 64, atau lebih terkenal sebagai Khaty berkata beliau gembira dan bersyukur atas penghargaan itu, serta meminta anak-anak agar terus berbakti kepada orang tua mereka yang sememangnya dituntut dalam Islam.

“Saya seorang yang sangat menghargai orang tua, kalau saya tahu ada warga emas yang dianiaya atau dikasari, ia boleh buat saya marah walaupun saya ini jenis sukar untuk marah.

“Saya juga sedih apabila melihat warga emas dihantar ke rumah orang-orang tua dan diabaikan anak-anak sedangkan itu adalah tanggungjawab mereka dan sikap ini harus dihentikan,” katanya kepada Bernama selepas acara tersebut.

Anugerah itu bagi mengiktiraf individu warga emas yang cemerlang dan banyak memberi sumbangan dalam bidang masing-masing.

Selain Khadijah, turut mendapat pengiktirafan Datuk Mohd Nor Khalid (Datuk Lat), Datuk Ras Adiba Radzi, Ivy Josiah dan Datin Paduka Sister Enda.

Ras Adiba, 55, pula berharap Malaysia mempunyai sistem sokongan yang kukuh buat warga emas sepertimana di luar negara sebagai persediaan mencapai status 'negara tua' pada 2030.

Katanya semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan dan syarikat korporat perlu menggembleng tenaga menyediakan kemudahan serta persekitaran kondusif buat warga emas.

Festival anjuran Amazing Seniors, sebuah kelab sosial warga emas, yang berlangsung tiga hari bermula hari ini, diadakan sempena Hari Warga Emas Antarabangsa yang disambut setiap 1 Okt, dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya ceramah, pemeriksaan dan jualan produk kesihatan. - BERNAMA

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN