web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Minum Petang Amal Bersama Chef Wan, Telusuri Pejuangan Menentang Kanser

Acara minum petang ini akan memberi peluang untuk anda mendengar sendiri perkongsian daripada Chef Wan tentang perjuangannya melawan kanser

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2023 10:24AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Datuk Redzuawan bin Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan, 62 mengajak mereka yang berminat untuk menghadiri acara minum petang atau hi-tea yang akan diadakan di restoran miliknya, De.Wan, di Bangsar Shopping Center, Kuala Lumpur pada 25 September ini.

Acara minum petang yang dinamakan All For Wan, Wan For All itu bertujuan mengutip dana bagi memerangi kanser. Seperti yang anda sedia maklum, baru-baru ini Chef Wan telah disahkan menghidap kanser limfoma dan telah pun menjalani rawatan kimoterapi.

Beliau dilihat cukup tenang dan positif apabila berhadapan dengan ujian, dan pada acara minum petang ini Chef Wan akan turut hadir untuk berkongsi cerita tentang perjuangannya itu. 

Pada satu hantaran Instagram miliknya, Chef Wan memberitahu dia akan berada di restorannya itu bagi berkongsi serba sedikit tentang perjuangannya dan arwah ibunya menentang kanser.  

“Insya Allah saya akan berada di sana untuk mengalu-alukan anda semua dan berkongsi sedikit tentang perjuangan saya dan juga arwah ibu menentang kanser. Di samping itu saya juga akan menyerahkan cek terakhir, sumbangan peribadi  bernilai RM100,000 yang saya ikrarkan sebelum ini,” ujar Chef Wan.

Beliau juga sempat berpesan kepada mereka yang berminat agar membuat tempahan memandang tempat duduk adalah terhad.   

“Memandangkan tempat duduk adalah terhad, kami tidak mahu ada di antara anda yang kecewa kerana terlepas peluang ini dan menyesal di kemudiannya kerana ia telah habis dijual. Kami mempunyai banyak aktiviti menarik yang telah diatur untuk anda pada hari tersebut,” katanya.

Acara minum petang ini diadakan sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara, Pinktober  (Pink Oktober) yang berlangsung pada setiap tahun. 

Selain acara minum petang, tetamu juga berpeluang untuk menyaksikan pertunjukan fesyen oleh Melinda Looi, yang akan menampilkan pejuang kanser yang telah sembuh dengan penampilan istimewa oleh Chef Wan. 

Acara ini akan bermula pada jam tiga petang dan pakej dijual pada harga RM388++ untuk empat tetamu (20 peratus  daripada hasil jualan akan disumbangkan kepada Pink October Charity). 

Tempahan perlu dibuat selewat-lewatnya pada 23 September dengan menghubungi talian 011 26471958 atau 0129511958. - Getaran, 19 September 2023

Foto : Instagram Chef Wan

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN

Filem & TV 1 hari yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN