web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ibu Fahrin Ahmad Meninggal Dunia, Jenazah Dikebumi Di Kajang

Fahrin memaklumkan ibunya meninggal dunia pada jam 10.06 pagi tadi di IJN

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2023 7:53PM

Fahrin Ahmad bersama ibunya, Merbyah Akhwan. gambar Instagram Fahrin Ahmad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Salam takziah diucapkan kepada pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad  yang baharu sahaja kehilangan ibu tercinta, Merbyah Akhwan pada jam 10.06 pagi tadi di Institut Jantung Negara (IJN)

Berita kematian tersebut dikongsikan menerusi hantaran di Instagramnya, namun tidak dinyatakan punca kematian.

"Bonda tercinta disahkan meninggal dunia pada jam 10.06 pagi di Institut Jantung Negara, Al-Fatihah,” katanya menerusi Instagram yang turut memuat naik gambar beliau bersama ibunya.

Pada perkongsian itu, Fahrin turut memaklumkan jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Bukit Mahkota, Kajang dan memohon supaya orang ramai mendoakan segala urusan dipermudahkan.

"Jenazah akan diuruskan di IJN, disolatkan dan berada di sini sekitar 2.00 petang hingga ke asar di Masjid At-Taqwa, Bandar Bukit Mahkota," kongsinya.

"Mohon doa semua agar urusan bonda saya dipermudah. Diampunkan segala dosa-dosanya di dunia dan akhirat," katanya.

Fahrin mula aktif sebagai pelakon dan pengacara sejak 2004 sehingga kini. Filem  Qaisy & Laila yang ditayangkan pada 2004 adalah filem pertamanya, menerusi watak sebagai Amran. Kini dia aktif sebagai pengacara bagi rancangan Wanita Hari Ini  yang ditayangkan di TV3. - Getaran, 16 September 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN