web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Halim Othman Dan Linda Onn Kembali ke ERA Ceriakan Petang Hari Anda!

Kedua-dua penyampai radio ini akan bergandingan dengan Haniff dan Ray.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2023 7:41PM

HOLO akan bergandingan dengan Haniff dan Ray. - gambar ERA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dua penyampai radio pujaan ramai suatu ketika dahulu, Halim Othman dan Linda Onn bakal kembali ke stesen radio nombor 1 Malaysia, ERA.fm bermula 11 September hadapan.

Jika sebelum ini mereka menyertai slot 3 Pagi ERA, kali ini mereka akan bergabung tenaga bersama Haniff dan Ray untuk  segmen PetangERA.

Perkara ini diumumkan secara spontan oleh Haniff kepada pendengar radio ERA.fmsebentar tadi.

Jelas Haniff memandangkan Halim dan Linda nampak selesa dan bagaikan merindui tugas-tugas sebagai penyampai radio, jadi mengapa tidak membawa pasangan duo HOLO (Halim Othman, Linda Onn) ini ke segmen petang pula. 

Halim ketika dihubungi meluahkan rasa teruja apabila Haniff memanjangkan jemputan untuk beliau ke udara di sebelah petang.

Halim Othman. - gambar Nooreeza Hashim
Halim Othman. - gambar Nooreeza Hashim

Biarpun sedia untuk kembali, Halim meletakkan syarat bahawa beliau memerlukan persetujuan Linda dahulu.

“Wow, saya dipelawa untuk masuk ke kawasan Linda Onn (LO). Petang ini memang kawasan permainan dia.

“Saya kena dapatkan persetujuan Linda Onn dahulu untuk masuk ke kawasan dia. Kalau LO kata okay dan sedia jemput saya untuk teman dia di waktu petang  bersama Haniff dan Ray, I’m okay,” komen Halim.

Linda pula ketika dihubungi memberitahu Haniff dia memang merindui saat-saat berada di konti ERA.fm.

“Halim ini suka tau buat I berada dalam keadaan tersepit. Habis kalau dah nama Linda Onn, saya on lah.

“Okay jer nak start hari Isnin ini. Cantik, 4 petang sampai 8 malam. Takde hal, ERA punya pasal,” ulas Linda dalam nada teruja.

Linda Onn. - gambar Instagram
Linda Onn. - gambar Instagram

Pada masa sama, Haniff juga meluahkan rasa gembira kerana sebelum ini beliau tidak pernah berpeluang ke udara bersama penyampai radio lagenda.

Jadi, kepada peminat radio ERA.fm, khusus peminat Halim Othman dan Linda Onn, jangan lupa ikuti mereka ini bermula Isnin hadapan, bermula 4 petang hingga 8 malam. – Getaran, 8 September 2023

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 23 jam yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN

Filem & TV 1 hari yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN