Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Khairul Aming, Auntie Purple Berentap Rebut Anugerah ‘Creator Of The Year’ TikTok 2023

Anugerah julung kali diadakan ini bertujuan meraikan warga pencipta konten tempatan serta menambah peluang untuk mereka dalam industri ini

Selebriti Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2023 7:57PM

Sidang media TikTok Awards

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TikTok, destinasi terkemuka bagi video mudah alih berformat pendek, akan mengacarakan TikTok Awards buat julung kalinya di Malaysia pada 27 Ogos 2023, bertempat di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur. 

Bakal menjadi acara tahunan untuk menghimpunkan yang terbaik dalam arena penciptaan konten,  meraikan dan memberi penghargaan kepada pencipta tempatan berbakat yang berani mencabar batasan kreatif, menjadi sumber inspirasi kepada komuniti, dan mencorak industri penciptaan kandungan. 

Sebanyak 13 kategori akan dipertandingkan yang mana ia terbahagi kepada dua pilihan. Enam kategori untuk Pilihan Juri (judge’s pick nominees) dan tujuh kategori lain merupakan Pilihan Popular (people’s choice nominees). 

Kategori Creator Of The Year sudah tentulah menjadi tumpuan utama untuk penganjuran anugerah yang ditunggu-tunggu ini selain daripada kategori Celebrity of The Year. @auntiepurple248, @khairulaming, @bossjames_oe, @ceddyornot, @lawyergandhi dan @sallywhoo merupakan nama-nama yang bakal membawa pulang kejayaan pada malam kemuncak itu nanti. 

Lain-lain kategori yang dipertandingkan untuk Pilihan Popular ialah Live Creator Of The Year, Popular Animation Account Of The Year, Popular Creator Of The Year, Rising Star of The Year dan TikTok Shop Creator Of The Year.

 “Kami teruja untuk membawakan TikTok Awards kepada warga Malaysia! Anugerah ini akan meraikan pencapaian dan usaha luar biasa yang dipamerkan oleh warga pencipta kita, yang merupakan tulang belakang platform ini. Sebagai acara yang terulung buat golongan pencipta pada tahun ini, kami berbesar hati untuk menerima penglibatan jenama-jenama di dalam dan di luar talian,” ujar Ketua Pemasaran dan Operasi, TikTok Malaysia, Yin Yin Hooi. 

Mengangkat tema ‘Yang Gah di Skrin Kecil’, Yin Hooi yakin anugerah ini akan menyerlahkan potensi membatasi sempadan untuk warga pencipta tempatan menggandakan dan mempersembahkan kejayaan mereka di pentas besar. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Nini Yusof, meluahkan keterujaan apabila TV3 dapat bekerjasama untuk menganjurkan TikTok Awards pertama di Malaysia.

"TV3 teruja dapat bekerjasama dengan TikTok untuk menganjurkan TikTok Awards pertama di Malaysia. TV3 akan menyiarkan secara langsung TikTok Awards Malaysia pada 27 Ogos jam 9.00 malam, manakala karpet merah pada jam 8.30 malam di TV9. Anugerah global ini juga membuka peluang kepada peminat untuk menyokong pencipta kandungan kegemaran mereka dan meraikan yang terbaik dalam komuniti TikTok," ulas Nini.

Pemilihan Pemenang

Untuk kategori Pilihan Juri, para calon dipilih berdasarkan kriteria yang ditetapkan dan keputusan akan dibuat oleh sebuah panel eksekutif yang membariskan Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Nini Yusof; artis prolifik, Hael Husaini; serta Pengurus Besar Operasi & Pemasaran TikTok, Asia Tenggara, Angga Anugrah Putra. 

Untuk Pilihan Popular, TikTok akan membuka undian untuk orang awam, dan para peminat boleh menunjukkan sokongan mereka dengan mengundi pencipta kegemaran mereka. Undian umum bagi tujuh kategori akan bermula dari 15 Ogos, 10:00 malam hingga 26 Ogos 2023, 11:59 malam, dan undian boleh dibuat di https://vt.tiktok.com/ZSL9kXUe5/. 

Tidak lengkaplah sebuah majlis anugerah tanpa aspek fesyen. Oleh itu TikTok juga akan menyampaikan Anugerah Busana Terbaik (Best Dressed Award) kepada peserta yang mendapat markah tertinggi dari sudut gaya dan originaliti. Setelah disenarai pendek oleh panel juri, orang awam berpeluang untuk memilih peserta dengan busana terbaik bagi malam tersebut.  

Tonton Dari Rumah Dengan Selesa  

Peminat atau pengikut semua calon boleh menzahirkan sokongan mereka dengan menyaksikan siaran majlis anugerah tersebut secara langsung di TV3 serta akaun TikTok Malaysia di TikTok pada hari Ahad, 27 Ogos 2023. Daftar untuk menonton acara siaran langsung (Live) ini dan raikan kejayaan warga pencipta Malaysia di sini https://www.tiktok.com/live/event/7267407219657244673 .

Majlis anugerah ini akan dimeriahkan oleh barisan selebriti dan warga pencipta pujaan ramai termasuk Datuk Yusof Haslam, Bell Ngasri, Amber Chia, Farah Ann Abdul Hadi dan ramai lagi yang akan menyampaikan anugerah. 

Penonton juga bakal disajikan dengan persembahan mengasyikkan daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Zeppo, DOLLA, Marsha Milan, Ernie Zakri, Alyph dan ramai lagi! Acara Utama TikTok Awards akan dihoskan oleh Izzue Islam, Sherry Alhadad dan Amelia Henderson. 

Manakala acara Red Carpet akan dihoskan oleh Ceddy dan Sissy Imann. Detik belakang pentas pula akan dihoskan oleh Jaa Suzuran dan Neeta Manis. - Getaran, 16 Ogos 2023

Foto : TV3 Malaysia

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 hari yang lalu

Meerqeen Ajak Peminat Ke Rumah Terbuka Raya Airbnb, Peluang Bercuti Bersama

2

Selebriti 4 hari yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

3

Seni & Hiburan 1 minggu yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

4

Selebriti 1 minggu yang lalu

Datuk Red Sedang Usaha Untuk Langsaikan Hutang Sebanyak RM7 Juta, Akui Pernah Jadi ‘Scammer’

Sorotan

1

Skuad Piala Uber Malaysia Pulang Awal

2

Nur Shazrin Mungkin 'Lupakan' Paris 2024

3

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

4

Anwar Bertemu PM Qatar, Zahirkan Kesediaan Malaysia Beri Rawatan Kepada Rakyat Palestin

5

Putera Mahkota Arab Saudi Berhasrat Adakan Lawatan Rasmi Ke Malaysia Akhir Tahun Ini - PM

6

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 18 jam yang lalu

4 Juta Dijangka Tonton Episod Akhir Lelaki Itu Malam Ini

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Filem & TV 1 jam yang lalu

Queen Of Tears Pecah Rekod Tontonan tvN

Episod akhir drama lakonan Kim Soo Hyun dan Kim Ji Won itu berjaya catat 24.9 peratus tontonan pada 28 April lalu, sekali gus mengatasi pencapaian Crash Landing...

oleh Wartawan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Uqasha Dan Kamal Adli Timang Cahaya Mata Pertama

Tanpa mendedahkan wajah puteri sulungnya itu, Uqasha kelihatan berseri-seri memeluk bayinya.

oleh Wartawan Hiburan Getaran