web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Model Dan Pelakon, Nia Atasha Dipilih Bintangi Kempen Terbaru Jenama Pakaian Dalam Terkemuka Victoria’s Secret

Model terkenal dan pelakon drama bersiri ‘Budak Tebing 3’ ini telah dipilih untuk membintangi kempen terbaru jenama pakaian dalam terkenal dunia, Victoria’s Secret.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2023 1:00PM

Nia Atasha telah dipilih untuk membintangi kempen terbaru Victoria’s Secret untuk pasaran Malaysia - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menjadi impian setiap mereka yang bergelar model untuk bintangi kempen jenama terkenal antarabangsa. Begitu juga dengan model dan pelakon tanah air iaitu Nia Atasha yang telah lama menyimpan angan untuk menjadi model jenama pakaian dalam terkemuka, Victoria’s Secret. 

Impian itu kini telah menjadi nyata apabila Nia telah dipilih untuk membintangi kempen terbaru Victoria’s Secret untuk pasaran Malaysia.

Nia Atasha - Gambar Instagram
Nia Atasha - Gambar Instagram

Selain Nia, seorang lagi model dari Malaysia iaitu Jane Teoh turut terpilih untuk membintangi kempen jenama pakaian dalam paling terkenal di dunia ini. 

Menerusi hantaran yang dimuat naik Nia di Instagram, dia memberitahu bahawa masih dalam keadaan tidak percaya bahawa dia telah terpilih untuk menjadi model bagi Victoria’s Secret.

“Sejujurnya saya masih dalam proses untuk mempercayai semua yang berlaku. Nia waktu zaman remaja tidak akan mempercayai ini. 

“Terima kasih kepada Victoria’s Secret kerana memberikan peluang dan mempercayai saya untuk membintangi kempen ini,” tulisnya.

Di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan peminat Nia yang memberikan ucapan tahniah kerana telah terpilih menjadi model Victoria’s Secret. 

Namun berbeza pula di Twitter dan Facebook. Ramai netizen yang mengecam Nia kerana berani memperagakan pakaian dalam biarpun dia adalah seorang wanita Melayu. – Getaran, 5 Julai 2023

Sorotan

1

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

2

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

5

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN