web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Disebabkan Tuduhan Fitnah Memiliki Arak, Amylea Azizan Akui Sambutan Raya Aidil Adha Bersama Keluarga Jadi Tidak Seronok

Terdahulu, Amylea telah memuatnaik sebuah hantaran di Instagramnya mengenai tuduhan fitnah yang dilemparkan terhadapnya itu.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2023 10:05AM

Amylea Azizan mengakui bahawa tuduhan fitnah bahawa kononnya dia memiliki arak yang disimpan di rumahnya benar-benar memberikan kesan terhadap diri dan keluarganya - Gambar Instagram Amylea Azizan

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Komposer dan penyanyi berbakat, Amylea Azizan mengakui bahawa tuduhan fitnah bahawa kononnya dia memiliki arak yang disimpan di rumahnya benar-benar memberikan kesan terhadap diri dan keluarganya. 

“Perkara macam ini benar-benar buruk dan saya rasa saya perlu lakukan sesuatu. Disebabkan fitnah ini ia telah mewujudkan pertikaian di dalam kumpulan keluarga besar saya yang terdiri daripada bapa saudara dan ibu saudara. 

“Ada beberapa orang bertanya (tentang tuduhan fitnah) di dalam kumpulan tersebut dan bapa saudara saya berasa sangat kecewa. Mengapa harus bertanya perkara itu sahih atau tidak sedang saya sendiri sudah pun menjelaskan bahawa ia adalah satu fitnah. Tapi, bila orang hanya baca clickbait, jadilah begitu,” katanya. 

Terdahulu, Amylea telah memuatnaik sebuah hantaran di Instagramnya mengenai tuduhan fitnah yang dilemparkan terhadapnya itu.

Di dalam hantaran tersebut, Amylea menyatakan: “Orang ini menuduh saya ada arak di dalam peti ais saya. Masya Allah, dia respond kepada satu artikel yang ditulis tentang saya yang tidak pernah minum arak walaupun setitik dalam hidup saya. 

Jelas Amylea lagi: Saya sedang berfikir sangat untuk saman fitnah tentang ini. Saya akan memberi sedikit masa kepada diri saya, dan org ini untuk mencerminkan, semoga Allah memberi saya jawapan yang terbaik, satu perkara yang anda perlu tahu, anda boleh menyakiti saya, tetapi apabila anda menyakiti ibu saya, tidak ada sempadan rasional untuk saya.

“Saya berasa kasihan dengan orang ini sebab takkan berpeluang memohon maaf pada arwah ayah saya,” katanya.  

Dalam pada itu, Amylea juga sedang meraikan kejayaan lagu Aku Terluka, ciptaannya bersama MFMF buat Nabila Razali kerana meraih tontonan sebanyak 1 juta sejak ia dilancarkan di platform YouTube pada November tahun lalu.  – Getaran, 30 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Rokok Putih, Minuman Keras Lebih RM13 Juta Dirampas

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pembekuan Lesen Baharu Jualan Minuman Keras: Tiada Pemansuhan Dibuat - DBKL

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Bekas Bintang AF, Amylea Azizan Nikahi Pegawai Bomba Singapura

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Kekecohan Isu Bikini, Alkohol Jadikan Malaysia Bukan Destinasi Pilihan Pelancong Muda

Sorotan

1

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

2

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

3

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

4

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

5

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

6

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

Disyorkan untuk anda

Muzik 3 jam yang lalu

Tipe-X, Last Child Dan Ruffedge Bakal Gegar Latihan Pestapora Malaysia 2026

oleh Rahayu MN