web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Jenama Kami Sudah Cukup Kuat, Saya Tak Perlu Berlebih-Lebih Di Atas Pentas Big Stage' - Wawa Zainal 

Menurut Wawa Zainal, jenama kosmetik keluarannya sudah cukup kuat dan dikenali ramai, jadi tiada keperluan untuk dia bersikap berlebihan di atas pentas untuk meraih perhatian.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2023 11:14AM

Wawa Zainal

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan usahawan terkenal, Wawa Zainal tidak mahu bersikap berlebih-lebih atau keterlaluan di kaca TV biarpun menjadi penaja program realiti Big Stage musim kelima.

Menurut Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 32, tujuannya menaja program itu kerana ia sebahagian daripada strategi pemasaran dan bukan untuk mencipta kontroversi.

Wawa menaja program Big Stage musim kelima kerana mahu mempromosikan Wawa Cosmetics.
Wawa menaja program Big Stage musim kelima kerana mahu mempromosikan Wawa Cosmetics.

"Matlamat kami menaja program ini jelas iaitu untuk memperkenalkan lagi Wawa Cosmetics. Alhamdulillah, sebelum menaja pun jenama kami sudah dikenali ramai dan kekal bertahan hingga kini.

"Kalau ada yang cakap kenapa saya tak 'kecoh' macam penaja lain, prinsip saya mudah iaitu lain orang lain caranya. Saya fikir, nama saya dan Wawa Cosmetics sudah cukup kuat untuk orang tahu. Lagi pula, saya jenis yang memang tak pandai nak buat 'hal' yang bukan-bukan.

"Kalau tengok sepanjang Big Stage pun, suami saya, Aeril yang banyak bercakap. Sesekali saja saya muncul di pentas. Itu pun atas tanggungjawab nak mempromosikan produk. Nak menari pun saya segan, apatah lagi nak buat perkara yang bukan-bukan depan orang ramai," katanya ketika ditemui di sidang media sejurus tamat konsert Big Stage. 

Pasangan suami isteri Wawa dan Ariel.
Pasangan suami isteri Wawa dan Ariel.

Menariknya, pentas Big Stage juga menjadi ‘platform’ untuk Wawa dan Aeril melancarkan produk terbaharu mereka iaitu ‘Complete Rejuvanating Beauty Essence’.

"Semuanya bermula dengan saya dulu. Seperti biasa, sebelum dilancarkan memang saya dan Aeril gunakan dulu selama enam bulan. Selepas melalui proses kajian dan penyelidikan (R&D), produk ini dikeluarkan juga. 

Wawa memaklumkan pihakmya cuba menghasilkan produk yang mampu milik untuk masyarakat di Malaysia. 
Wawa memaklumkan pihakmya cuba menghasilkan produk yang mampu milik untuk masyarakat di Malaysia. 

"Produk ini diperkaya dengan bahan utama seperti Whitening Probiotics dan Salicylic Acid yang mampu membantu menyelesaikan masalah seperti kulit kusam tak bermaya, kulit kering, hiperpigmentasi dan juga masalah jerawat.

"Seawal tujuh hari, insya-Allah, keyakinan diri lebih tinggi dan muka tak kusam lagi. Paling penting kena dapatkan yang asli di pasaran. Scan kod QR pada produk dan terus ke laman sesawang pembelian," katanya.

Melihatkan produk ini seakan-akan produk satu jenama antarabangsa terkenal yang ada di pasaran, kata Wawa pihak mereka cuba menghasilkan produk yang mampu milik untuk masyarakat di Malaysia. 

“Esen yang ada di pasaran mungkin sangat mahal dan harganya mampu mencecah RM600. Ramai orang yang teringin nak pakai tetapi tak mampu untuk mendapatkannya. 

“Jadi saya ambil inisiatif untuk menghasilkan esen yang lebih kurang sama tetapi versi yang lebih baik dan dijual dengan harga yang mampu milik iaitu RM69 (50ml) dan RM25 (10ml),” kongsinya. – Getaran, 21 Jun 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 15 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...