Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ustaz Wadi Sudah Maafkan, Harap Netizen Boleh Hentikan Isu Ini - Janna Nick Sedar Diri Hina Dibandingkan Dengan Ulama

Bercerita mengenai usia perkahwinannya yang memasuki tempoh seminggu, kata Janna dia masih cuba biasakan diri sebagai seorang isteri kepada Dini Schatzmann.

Selebriti Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2023 12:21PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon sensasi, Janna Nick telah memohon maaf secara terbuka kerana majlis perkahwinannya dikatakan tidak sesuai dengan kehadiran Ustaz Wadi Annuar.

Sebelum ini isu kehadiran Ustaz Wadi di majlis perkahwinan Janna yang dikatakan berkonsepkan ala barat menjadi topik hangat netizen di media sosial.

Isu ini menjadi semakin panas apabila Ustaz Wadi dikatakan telah meninggalkan majlis itu lebih awal kerana tidak mahu menyaksikan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. 

Menurut Janna, dia telah membuat permohonan maaf secara peribadi kepada Ustaz Wadi di atas apa yang berlaku. Dan niatnya menjemput Ustaz Wadi adalah kerana ingin memohon keberkatan untuk dibacakan doa oleh orang yang lebih tinggi ilmu agamanya. 

“Malam sebelum majlis pernikahan kita telah adakan majlis doa selamat dan bacaan Yasin. Malam itu juga Ustaz Wadi ada memberi ceramah tentang rumah tangga.

“Ustaz Wadi juga tahu kita ada undangan perkahwinan untuk keesokan harinya. Saya pun tak tahu bahawa dalam Islam, jika kita dijemput ke majlis perkahwinan, kita wajib datang. 

“Saya minta maaf. Ini adalah kealpaan saya. Saya sedar ini adalah kelalaian dan kesilapan saya. Majlis itu mungkin tak sesuai dengan kehadiran Ustaz Wadi. 

“Ustaz Wadi pun sudah buat penerangan daripada pihak dia. Saya sendiri pun enggan panjangkan isu ini kerana saya menghormati Ustaz Wadi dan semua para ulama di Malaysia kerana mereka adalah para ilmuan yang mengajar dan menyampaikan ilmu agama kepada kita.

“Jadi saya sebagai orang yang kurang dan cetek ilmu ini, saya sangat menghormati mereka dan kalau kita terus nak kaitkan nama saya dengan Ustaz Wadi, saya rasa terlalu jauh perbezaannya. Saya rasa hina sangat diri saya ni untuk kita panjangkan lagi isu ini. 

“Jadi saya mohon kepada orang ramai supaya tidak lagi kaitkan isu Ustaz Wadi ini dengan saya. Saya pun dah minta maaf dengan dia. Jika Ustaz Wadi pun sudah maafkan, saya harap orang di luar sana boleh hentikan isu ini,” katanya ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem, Jemputan Ke Neraka. 

Bercerita mengenai usia perkahwinannya yang memasuki tempoh seminggu, kata Janna dia masih cuba biasakan diri sebagai seorang isteri kepada Dini Schatzmann.

“Saya sudah mula bekerja pada 17 hari bulan. Jadi saya masih cuba untuk ‘adjust’ diri saya sebagai seorang isteri. Kami pun baru balik dari bulan madu. Jadi masih dalam fasa yang indah-indah. Fasa berperang belum lagi,” katanya yang memasak mee sanggul sebagai hidangan pertama untuk suaminya.

Filem lakonan Janna, Jemputan Ke Neraka yang diarahkan oleh Amor Rizan bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 22 Jun 2023. Filem ini turut dibintangi oleh Sharifah Sakinah, Hafreez Adam, Jasper Supayah, Amy Nurtinie, Nick Syaf dan ramai lagi. – Getaran, 20 Jun 2023

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Selebriti 23 jam yang lalu

Atta Halilintar Kongsi Kenangan Jual Kad SIM Di Central Market

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Kenyataan Undang Kemarahan Warga Singapura, Erma Fatima Mohon Maaf

Biarpun begitu, Erma tetap dengan pendirian bahawa perbuatan Sarah Yasmine adalah salah!

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Filem & TV 19 jam yang lalu

Kolaborasi Astro-TikTok Anjur Edisi Terbaharu ‘TikTok LIVE Gimme The Mic’ Di Malaysia

Uji bakat pencarian pencipta kandungan muzik dan bakat baharu bermula 7 Mei di TikTok LIVE

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Filem & TV 1 hari yang lalu

Tiada Lelaki Itu 2, Erma Akui Tiada Untung Kerana Bayaran Pelakon Mahal 

oleh Helmi Anuar