web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Intan Ladyana, Harris Alif Sah Bergelar Suami Isteri

Intan Ladyana dan suami Harris Alif selamat diijabkabul hari ini.

Selebriti Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2021 8:00PM

Gambar dari Instagram Fillea Studio

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kuala Lumpur - Pasangan selebriti, Intan Ladyana, 39, dan Harris Alif, 22, selamat diijabkabul dalam satu majlis sederhana di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kira-kira jam 10 pagi, Jumaat.

Majlis akad nikah kedua mempelai ini disempurnakan oleh jurunikah, Penolong Pengarah Jawi, Ustaz Muhammad Azlan Marukum dengan mas kahwin berupa set perhiasan barang kemas dan sebentuk cincin berlian.

Selain itu, Harris atau nama sebenarnya Nor Harris Nor Rashidi turut menyerahkan tujuh dulang hantaran, manakala pihak pengantin perempuan membalas dengan sembilan dulang. Bagaimanapun, kedua-dua belah pihak tidak membawa bersama dulang-dulang hantaran kerana perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan. 

Dalam satu temubual secara maya bersama pihak media, pasangan ini meluahkan rasa syukur dan lega kerana urusan majlis pernikahan mereka dipermudahkan biarpun terpaksa menginjak sehari lebih awal dari tarikh asal.

Intan juga turut memaklumkan ketiga-tiga majlis resepsi yang dirancang sebelum ini juga ditangguhkan memandangkan sukar untuk kedua-dua belah pihak menentukan tarikh yang sesuai ketika musim pandemik ini. 

Terdahulu, pasangan ini membuat pengumuman secara terbuka tentang perancangan perkahwinan mereka pada 5 Januari lalu setelah hampir setahun menjalinkan hubungan cinta. - Getaran, 5 Februari 2021.

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Pasya Yakin Pentas Bersama Search Luaskan Pengaruh Karier Solo

2

Selebriti 2 minggu yang lalu

'Comeback' Azar Azmi Raih Lebih 1 Juta Tontonan, Netizen Sebak Lihat Kemunculan Semula Selepas 7 Tahun

3

Selebriti 2 minggu yang lalu

Zynakal Tampil Dengan Single Terbaharu "NIAT”

4

Selebriti 4 minggu yang lalu

Dulu Kejar Populariti, Kini Cari Reda Ilahi - Mahmud Ali Bashah

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN