web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lagu Soundtrack Polis Evo 3 'Ayuh' Trending Tangga Ke-4 Di YouTube - Minda Fans Tegar Hampir Meletus Dengar Malique Rapping 

Ayuh telah menjadi trending di YouTube dan menduduki senarai tangga keempat dengan jumlah tontonan sebanyak 298,417 sejak ia dilancarkan di platform media sosial ini pada 19 Mei lalu. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2023 12:30PM

Filem Polis Evo 3 menemui penonton di semua pawagam seluruh Malaysia bermula hari ini.

oleh

Zara Sofea

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hari ini bermulalah tayangan perdana filem Polis Evo 3 arahan Syafiq Yusof di seluruh pawagam Malaysia. Pasti ramai yang teruja dan tidak sabar untuk menyaksikan kesinambungan filem aksi komedi kepolisian terbaharu itu. 

Apa tidaknya, Polis Evo 3 kali ini diarahkan Syafiq Yusof yang mempunyai trak rekod cukup baik dalam menghasilkan filem bergenre aksi serta kutipan filem pecah panggung. 

Kedua, filem ini sekali lagi menggabungkan Zizan Razak sebagai Inspektor Sani dan Shaheizy Sam (Inspektor Khai) dan kali ini, kita akan dapat melihat perkembangan hubungan cinta Khai dengan Anis (Nora Danish) iaitu adik kepada Inspektor Sani. 

Kalau penonton masih ingat, hubungan cinta mereka telah mula berputik sejak  dari filem Polis Evo pertama lagi dan dalam Polis Evo 2, hubungan cinta mereka tidak dipaparkan. 

Sharnaaz Ahmad
Sharnaaz Ahmad

Filem Polis Evo 3 kali ini juga banyak menampilkan pelakon-pelakon wajah baharu seperti Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Farali Khan, Eyka Farhana Fauzi Nawawi dan Fezrul Khan.  Apa yang menarik, Sharnaaz turut memegang watak antagonis dalam filem ini. 

Bukan setakat itu sahaja, lagu runut bunyi filem ini iaitu Ayuh telah menjadi trending di YouTube dan menduduki senarai tangga keempat dengan jumlah tontonan sebanyak 298, 417 sejak ia dilancarkan di platform media sosial ini lima hari yang lalu bermula 19 Mei.

Apa tidaknya, lagu ini menyaksikan semula kemunculan Malique sebagai pengkarya lagu dan juga salah seorang rapper. Ya, rata-rata peminat Malique teruja dengan kemunculan lagu Ayuh ini. 

Kmy Kmo dan Ernie Zakri
Kmy Kmo dan Ernie Zakri

Ayuh adalah ciptaan bersama Malique dan Tripdisz, manakala liriknya oleh Kmy Kmo, Aman RA & Malique. Ia kemudian dipersembahkan oleh Malique, Kmy Kmo, Aman RA da Ernie Zakri.

Walaupun ramai yang memuji rapping Kmy Kmo dan Aman RA, namun ramai fans yang mengakui amat merindui style dan vokal rapping Malique dan lirik rappingnya menerusi  penggunaan kosa kata-kata yang daring dan berada di luar kotak. 

Percubaan Ernie Zakri melakukan rapping di dalam lagu ini juga mendapat pujian ramai dan bukan sekadar tempelan di antara ketiga-tiga rapper tegar seperti Malique, Kmy Kmo dan Aman RA. 

Bahkan, ramai yang memuji muzik video ini dan menganggap pembikinannya sangat hebat seperti mana sebuah filem. 

Namun, seperti biasa, Malique tidak mahu menonjolkan wajahnya. Pada bahagian rappingnya, Malique muncul sebagai ‘suspek’ atau ‘The Wanted’ dan cuba selindungkan wajahnya dengan memakai topi sambil menundukkan wajahnya serta penggunaan teknik siluet. 

Dalam filem Polis EVO 2, lagu runut bunyi Sang Saka Biru dicipta dan persembahkan Joe Flizzow, Altimet, SonaOne dan Alyph, Manakala dalam Polis Evo, lagu Evo yang pernah mencetuskan fenomena adalah ciptaan dan nyanyian Joe Flizzow dan SonaOne. – Getaran, 25 Mei 2023 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 6 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...