web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Tak Mungkin Saya Menzalimi Kucing' - Aaron Aziz Dikecam Netizen Gara-Gara Dikatakan Meletak Ular Sawa Di Atas Sangkar Kucing

Tindakan pelakon popular Aaron Aziz yang dilihat telah meletakkan ular sawa berdekatan dengan kucing telah mengundang kemarahan netizen khususnya dalam kalangan pencinta kucing

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2023 10:39AM

Persatuan Haiwan Malaysia menyifatkan tindakan Aaron meletakkan ular berdekatan kucing akan menyebabkan kucing mengalami ketakutan melampau. - Gambar dari Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz telah dikecam oleh netizen selepas dia berkongsi sebuah hantaran video yang menunjukkan tindakannya meletakkan seekor ular sawa di atas sangkar kucing.

Rata-rata netizen berkata, tindakan pelakon filem KL Gangster itu mampu membuatkan kucing berasa takut, trauma dan rasa terancam dengan kehadiran haiwan pemangsa tersebut. 

Bahkan, video Aaron itu turut mendapat perhatian Persatuan Haiwan Malaysia yang telah menegur perbuatan aktor berkenaan menerusi satu hantaran yang dimuat naik mereka di Instagram.

“Aksi meletakkan ular sawa berdekatan kucing walau dalam keadaan bersangkar boleh menyebabkan kucing ketakutan melampau memandangkan ular dan kucing adalah dua entiti pemangsa dan mangsa. Akibatnya kucing akan mengalami tekanan dan trauma melampau kerana berasa terancam apabila melihat dan bau musuh berdekatan. 

“Aaron Aziz mungkin tidak memahami bahawa negara Malaysia mempunyai Akta Kebajikan Haiwan 2015 seliaan Lembaga Kebajikan Haiwan dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar   yang melindungi haiwan domestik seperti kucing daripada didedahkan dengan bahaya seperti terkandung dalam 5 Elemen Kebajikan Haiwan iaitu mengelak daripada haiwan peliharaan daripada bahaya dan ketakutan melampau.

“Manakala Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 seliaan Perhilitan Malaysia pula menggariskan setiap haiwan liar seperti ular sawa perlu mempunyai kesen untuk memiliki haiwan liar dan mengadakan persembahan atau tayangan umum sama ada di jalanan arau media sosial.

“Kesemua undang-undang haiwan yang dirangka di Malaysia ini adalah untuk memastikan keselamatan, kebajikan dan kehidupan haiwan sama ada domestik atau liar terpelihara sesuai ketamadunan negara yang menuju ke arah kemajuan minda kelas pertama.

“Aaron Aziz adalah dinasihatkan supaya lebih peka dan sensitif dalam mengendalikan media sosial miliknya apabila melibatkan haiwan domestik dan haiwan liar. Diharapkan perkara seumpama ini tidak berulang dan perlu diperbaiki segera,” tulis mereka di dalam hantaran berkenaan. 

Aaron tampil menjelaskan sebagai seorang pencinta kucing, dia tidak mungkin sama sekali akan menzalimi haiwan berkenaan. - Gambar dari Instagram
Aaron tampil menjelaskan sebagai seorang pencinta kucing, dia tidak mungkin sama sekali akan menzalimi haiwan berkenaan. - Gambar dari Instagram

Menyedari namanya sedang menjadi bualan ramai gara-gara terutamanya pencinta kucing, Aaron telah tampil membuat penjelasan dalam sebuah lagi hantaran video yang dimuatnaiknya di Instagram.

Menurut Aaron, sebagai seorang pencinta kucing, dia tidak mungkin sama sekali akan menzalimi haiwan berkenaan. 

Apa yang dipaparkan dalam video yang dimuatnaik itu adalah sebahagian daripada babak dalam lakonan terbarunya. Bukan dia yang meletakkan ular berkenaan di atas sangkar kucing tersebut. Malah dia sudah bertanya terlebih dahulu dengan pemilik ular sawa berkenaan tentang segala aspek keselamatan membabitkan kucing yang terlibat. 

“Silap saya, saya lakukan sesi ‘live’ bersama ular berkenaan kerana saya terlalu ghairah kerana ini pertama kali saya berlakon bersama ular. Saya sudah tanya berkali-kali kepada pemilik ular berkenaan yang mempunyai lesen sama ada kucing-kucing di situ okay ataupun tidak. Jika kucing-kucing itu rasa terancam, kita tak akan teruskan babak itu. Mata saya sentiasa tengok kucing. 

“Kalau anda nak maki saya, nak cakap saya bodoh atau apa tak apalah, silakan. Saya pencinta kucing, saya ada sembilan ekor kucing, Tak mungkin saya akan menzalimi kucing. Kucing itu semua berada dalam keadaan aman. 

“Apa yang anda tak nampak ialah saya telah tanya terlebih dahulu tentang bagaimana keadaan kucing-kucing tersebut jika diletakkan ular berdekatan. Saya harap orang di luar sana dapat faham situasi saya dan tidak menyalah saya seorang,” katanya. – Getaran, 10 Mei 2023.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 18 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN