web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Afdlin Shauki Tersentuh Hati Bila Filem ‘Papadom’ Masih Jadi Inspirasi Buat Bapa-Bapa Di Luar Sana 

Afdlin turut berkongsi mesej peminatnya yang merupakan graduan kulinari dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang sanggup tinggalkan gaji sebanyak RM10,000 sebagai ketua tukang masak di sebuah Kapal Minyak Syarikat milik Singapura dan Malaysia kerana keluarga.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2023 6:22PM

Afdlin Shauki bersama para pelakon 'Papadom' - Gambar Instagram Afdlin Shauki

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan pengarah popular, Datuk Afdlin Shauki Aksan pernah mengakui filem ‘Papadom’ merupakan filem yang dihasilkannya dengan  penuh cermat dan kasih sayang kerana ianya merupakan satu topik yang sangat dekat dengan dirinya.

Menurut Afdlin, ‘Papadom’ merupakan sebuah filem yang diselitkan dengan mesej-mesej positif yang membuka minda untuk menambah baik kualiti hidup seseorang.

Walaupun filem ini, sudah lebih sedekad dikeluarkan, namun filem kekeluargaan yang diarahkan serta dilakonkan itu   masih lagi menjadi pilihan peminat.

Mengakui perkara itu, Afdlin baru-baru ini mendedahkan bahawa seorang seorang peminatnya telah menghantar mesej  dan memberitahu bahawa  filem ‘Papadom’ benar-benar  menjadi inspirasi dalam hidupnya, walaupun filem ini telah dikeluarkan lebih sedekad lalu.

“Tersentuh hati saya sebagai seorang pencerita apabila menerima mesej sebegini dari peminat yang meluahkan rasa inspirasinya terhadap filem saya,” kata Afdlin menerusi satu hantaran di Instagramnya.

Afdlin turut berkongsi mesej peminatnya itu yang merupakan graduan kulinari dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang bekerja sebagai ketua tukang masak di sebuah Kapal Minyak Syarikat milik Singapura dan Malaysia selama 10 tahun.

Tangkapan layar Instagram Afdlin Shauki
Tangkapan layar Instagram Afdlin Shauki

Peminat berkenaan berkata, dia amat meminati filem Afdlin terutamanya ‘Papadom’ yang berkait rapat dengan kehidupannya.

“Filem ‘Papadom’ sangat berkait rapat dengan kehidupan saya sekarang. Terutamanya mesejnya berkenan masa dan ‘trust the process’. 

“Selepas saya berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata, saya berhenti kerjaya di lautan. Benar, wang itu penting, namun saya ingin masa bersama anak dan isteri.

“Kerana jika belayar, saya keluar dari Malaysia selama tujuh bulan. Berdasarkan filem ‘Papadom’ saya lihat watak Saadom sangat sibuk menguruskan kerja sehingga mengabaikan anak dan isteri walau yang pasti, Saadom sangat sayangkan isteri dan anak. 

“Tetapi Saadom, kerja keras kerana ingin beri keselesaan untuk keluarganya. Saya juga sebegitu, cuma saya tak sanggup tinggalkan anak.

“Saya turut mengambil keputusan drastik meninggalkan kerjaya yang bergaji hampir RM10,000 sebulan demi masa saya untuk keluarga.

“Saya ingin lihat anak-anak saya membesar di depan mata saya. Justeru, saya berniaga kecil kecilan. Untungnya tidak seberapa, tetapi tetap bahagia melihat anak-anak dan isteri setiap kali pulang ke syurga rumah saya,” kongsi peminat yang dikenali sebagai Daril Amin.

Tambahnya lagi, “Saya sekarang dalam fasa Saadom sedang ingin berkolaborasi bersama dua lagi sahabat beliau dan fasa anak masih kecil.  Doakan saya terus istiqomah Datuk. Doakan saya tak terus berputus asa. Demi Allah, perniagaan saya hanya  untuk anak-anak  dan isteri.

“Terima kasih Datuk kerana membikin filem 'Papadom' bagai sumber inspirasi kehidupan dan perniagaan saya untuk terus berjuang dan berkembang,” katanya. -  Getaran, 4 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Peminat Masuk Padang, Kibar Bendera Palestin

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Minat Punya Pasal Ada Peminat Tiru Nama Wardina, Anak

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Zii Jia Harap Isu Antara Peminat Dan Media Selesai Secara Baik

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Tidak Puas Hati Tiket Sold Out Kerana Individu Tak Bertanggung Jawab – Peminat Coldplay Rayu Penganjur Lanjutkan Hari Kedua Konsert 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 3 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...