web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Bunuh Diri Jiah Khan: Sooraj Pancholi Didapati Tidak Bersalah. Anak Aditya Pancholi Itu Kini Lelaki Bebas

Sooraj Pancholi mendedahkan, ibu Jiah Khan mahu menyalahkannya dengan meletakkan kesalahan dirinya kepada dia (Sooraj) dan bagaimana dia disingkirkan daripada industri perfileman berhubung kes tersebut.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2023 12:00PM

Sooraj Pancholi dan Jiah Khan - Gambar Instagram Sooraj Pancholi dan Internet

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sooraj Pancholi kini seorang lelaki bebas. Sebelum ini, dia telah dituduh bersubahat terhadap kes kematian melibatkan Jiah Khan pada 2013. 

Jiah Khan yang ketika itu adalah aktres yang baru hendak mencipta nama dalam industri perfileman Bollywood didapati mati akibat membunuh diri.

Kematiannya juga sangat tragis. Aktres muda itu ditemui dalam keadaan tergantung leher di siling di kediamannya di Juhu, Mumbai. 

Sooraj telah ditahan polis untuk disoal siasat pada 10 Jun 2013 dan kekal berada dalam tahanan sehingga 2 Julai. Pihak Central Bureau of Investigation (CBI) kemudian telah mengambil alih kes tersebut dan ia telah berpanjangan selama 10 tahun. 

Akhirnya, CBI telah mengisytiharkan Sooraj Pancholi sebagai tidak bersalah dalam kes bunuh diri Jiah Khan kerana kekurangan bukti untuk mengsabitkan Sooraj terhadap kes tersebut.  

Bercakap tentang status dirinya sebagai lelaki bebas, Soorah berkata, dia masih lagi belum mampu untuk mencerna bahawa dia kini sudah pun bebas dan tidak perlu lagi turun naik ke mahkamah. 

“Sepanjang usia 20-an saya telah dihabiskan di mahkamah. Tapi, itu telah pun berakhir dan saya masih cuba menyesuaikan diri dengan keadaan baru ini,” katanya. 

Anak lelaki kepada aktor senior, Aditya Pancholi ini turut berkongsi detik-detik perkenalannya dengan Jiah. 

“Saya masih ingat lagi, waktu itu saya menghantar permintaan kepadanya untuk menjadi 'rakan' di Facebook. Selepas tahun bahawa Jiah membalasnya. Ketika itulah mereka mula berkawan,” katanya. 

Aditya juga berkongsi bahawa dia dan Jiah telah menjalani hubungan selama lima bulan. Bahkan dia mengakui tidak mengetahui betapa besarnya kesengsaraan yang dilalui Jiah. 

Aktor Time To Dance itu menjelaskan, Jiah bukan sahaja memerlukan kasih sayang daripada teman lelakinya tetapi juga daripada keluarganya. 

“Jiah adalah satu-satunya ahli keluarga yang mencari wang untuk menjaga ibunya, Rabia Khan dan pasangan ibunya serta dua adik tirinya. 

“Jiah telah menyara keluarganya sejak berusia 16 tahun. Waktu saya berkawan dengannya, Jiah pernah cuba mengelar tangannya. 

“Saya terpaksa berusaha untuk menghubungi ibunya Rabia Khan yang ketika itu berada di London dan dia berjanji untuk mengambil penerbanga pertama pada keesokan harinya untuk pulang ke Mumbai. “Tetapi, dia (Rabia) tidak muncul selepas berbulan. 

“Jiah seorang wanita yang sangat baik dan perlukan kasih sayang daripada keluarganya. Kasih sayang yang saya berikan kepadanya sahaja tidak mencukupi. 

“Ibunya cuba meletakkan kesalahannya ke atas saya supaya dia berasa tidak bersalah dan berada dalam keadaan tenang. 

 “Disebabkan saya adalah teman lelakinya, saya telah disoal siasat dalam kes ini. Adakah mencintai seseorang boleh disifatkan sebagai jenayah?” soalnya. 

Menurut Sooraj, kes kematian Jiah yang cukup tragis ini juga banyak membuatkan dia menderita dan hilang peluang untuk mencipta nama dalam industri pefileman Bollywood. 

Walaupun pada awalnya, dia memulakan kerjaya di Bollywood, dua tahun selepas kematian Jiah, namun masyarakat mempunyai stigma terhadap dirinya sehingga pihak produser terpaksa mengeluarkan dirinya daripada projek filem. Bahkan, ada beberapa filem yang diusahakannya itu terhenti di tengah jalan. 

Bukan hanya setakat itu sahaja, setiap kali dia cuba untuk move on dan menjalani kehidupan baru, pasti akan anda berita palsu tentang dirinya yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab di media. 

Sementara itu, ibu Jiah iaitu Rabia yang tidak berpuas hati dengan keputusan CBI pula pula bercadang untuk merayu ke mahkamah yang lebih tinggi. Ibu Sooraj iaitu Zarina Wahab tetap akan berdiri di belakang anak lelakinya, Sooraj tanpa mengenal penat dan lelah. – Getaran, 1 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Jangan Biarkan Buli Siber Terus Berlaku, Cegah Sebelum Parah!’ - Saraswati

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Panjat Pencawang Elektrik Setinggi 25 Meter: Bomba Selamatkan Lelaki Cuba Bunuh Diri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tak Jadi Bunuh Diri, Lelaki Berpaut Di Tiang Jambatan

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Fikir Bunuh Diri Seawal Usia 11 Tahun, Senario Serius Harus Dicantas Sebelum Bertunas

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 6 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...