web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saya Hampir ‘Give Up’ Dengan Perkahwinan, Tetapi Tidak Sangka Allah Beri Jodoh Lagi Buat Saya - Siti Fairuz

Siti Fairuz yang baru saja mendirikan rumahtangga buat kali ketiga dengan usahawan bernama Syed Mohamed Syed Ismail, 72, pagi semalam mengakui bahawa dia dan suaminya itu punya banyak persamaan.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2023 9:24PM

- Gambar daripada Facebook Siti Fairuz

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi senior, Datuk Siti Fairuz, 58, yang pernah mendapat didikan komposer legenda tersohor, Datuk Seri Ahmad Nawab tidak menyangka bahawa Allah SWT akan memberikan jodoh dan membuka pintu hatinya untuk mendirikan rumahtangga buat kali ketiga.

“Kalau hendak diikutkan, pintu hati saya untuk berkahwin sudah pun tertutup. Sebab, saya pernah alami krisis rumahtangga dan gagal dalam perkahwinan sebanyak dua kali.

“Saya give up dan saya juga lebih senang untuk hidup sendiri. Tapi, pada waktu yang sama, saya tidak pernah menolak jodoh dan saya serahkan ia bulat-bulat kepada Tuhan.

“Tidak sangka pula saya mendapat jodoh. Saya tak cari, tapi segalanya digerakkan oleh Tuhan,” katanya sewaktu dihubungi Getaran.

Siti Fairuz berkata demikian sebagai mengulas pernikahannya dengan lelaki pilihannya, Syed Mohamed Syed Ismail, 72, yang juga seorang ahli perniagaan asal Johor.

Pelantun yang terkenal dengan lagu ‘Usah Bertanya Lagi’ serta ‘Bila Ku Rindu Ku Sebut Namamu’ ini diijabkabulkan dengan Syed Mohamed di Pejabat Agama Islam, Kuantan Pahang pada awal pagi semalam dengan mas kahwin sebanyak RM22.50 serta wang hantaran yang dirahsiakan.

Majlis pernikahan itu hanya diadakan secara privasi dengan dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Menurut Siti Fairuz, dia dan Syed Mohamed saling mengenali antara satu sama lain sejak enam bulan lalu menerusi kakak angkatnya.

“Dia sebenarnya adalah peminat setia saya. Dari perbualan, kami mula mengenali hati budi masing-masing dan kami dapati banyak pula persamaan di antara kami berdua.

“Misalnya, saya mempunyai keturunan Arab, dia pun keturunan Arab juga. Dia ada lima orang anak dan saya pun ada lima orang anak.

“Cuma saya asal Pahang dan dia asal Johor. Macam Sultan dan Sultanah kitalah (Yang Dipertuan Agong dan Permaisuri Agong),” katanya sambil berseloroh.

Jelas Siti Fairuz lagi, dia dan suaminya memilih untuk menikah pada bulan Ramadan kerana mahu mendapat barakah di bulan yang mulia ini.

“In Sha Allah, selepas raya nanti kami akan buat resepsi perkahwinan di Kuala Lumpur pula,” katanya.

Siti juga memberitahu bahawa dia bersyukur kerana anak-anak tidak menghalang keputusannya untuk bernikah dengan Syed Mohamed.

“Anak-anak senang saja. Asalkan Uncle (gelaran untuk Syed Mohamed), boleh jaga mummy mereka, mereka okay. 

“Alhamdulillah, apa yang saya inginkan pada seorang suami ada pada Syed Mohamed. Saya tidak perlukan jelaskan secara terperinci. Nanti dituduh riak pula.

“Tapi, untuk jadi imam kepada saya, ada pada dia dan apa yang saya mintak pada seorang lelaki, 80 peratus daripadanya ada pada Syed Mohamed,” katanya mengakui akan menziarahi sedara mara kedua-dua belah keluarga sebagai sesi perkenalan lebih rapat.

Terdahulu, Fairuz pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohamad Zainuddin dan bercerai pada 14 Julai 2008 serta dikurniakan lima cahaya mata iaitu Farhanah Afifah, 32, Farahiah Amirah, 30, Fadhli Asyraf, 28, Fariz Afiq, 26 dan Fakhri Aiman 22 tahun.

Penyanyi yang bersuara lunak merdu ini juga pernah mendirikan rumah tangga secara senyap-senyap dengan Mahmud Abdul Samad pada 9 September 2011 di Pulau Pinang. Namun, mereka tidak dikurniakan cahaya mata. - Getaran, 19 April 2024

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 6 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN