web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiada Gimik Murahan Dan Sarat Dengan Elemen Kekeluargaan - Datuk Vida Terharu Lagu Rayanya Dapat Pujian Netizen 

Sejak lagu raya terbaharunya, Muah Muah Muah Raya mula dilancarkan di platform YouTube sejak 16 April lalu, bermacam pujian dilemparkan netizen buat usahawan produk, Datuk Seri Vida. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2023 4:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak lagu raya terbaharunya, Muah Muah Muah Raya mula dilancarkan di platform YouTube pada 16 April lalu, bermacam pujian dilemparkan netizen buat usahawan produk, Datuk Seri Vida. 

Ada yang mengatakan lagu rayanya itu lebih sedap berbanding lagu raya Datuk Seri Aliff Syukri yang juga sahabat baiknya serta tidak menyakitkan telinga walaupun Vida menyanyi dengan mengekalkan suara aslinya. 

Bahkan, ramai yang memuji muzik video lagu raya Vida ini. Bagi, mereka muzik video Muah Muah Muah Raya yang turut dijayakan dua anaknya iaitu Kacak dan Cik B itu sarat dengan elemen kekeluargaan serta konsepnya ziarah menziarahi itu berjaya mencetuskan feel raya. 

"Alhamdulillah, sambutan lagu ini di luar jangkaan dan penerimaan sangat positif. Komen peminat dan masyarakat di media sosial meletakkan ini sebenarnya lagu raya terbaik dan nombor satu tahun ini.

"Malah, mereka siap membandingkan dengan lagu raya daripada individu lain. Bagi saya, ia tanda penghormatan dan penghargaan buat lagu ini.

"Insya Allah, lagu ini akan trending tidak lama lagi. Pertaruhan lagu ini bukan kontroversi murahan tapi kualiti. Pendengar pun suka dan puji suara saya sedap. Saya juga menyasarkan lagu ni menembusi pasaran Indonesia," katanya.

Muah Muah Muah Raya adalah gandingan Vida serta anak-anaknya Kacak dan Cik B.
Muah Muah Muah Raya adalah gandingan Vida serta anak-anaknya Kacak dan Cik B.

Vida yang turut menulis lirik lagu raya ciptaan Amy Ukays ini berkata lagi, dia percaya Muah Muah Raya bakal menjadi lagu raya yang evergreen dan menjadi pilihan untuk terus didengar setiap kali raya.

"Sebetulnya, saya belum sempat buat apa-apa promosi untuk lagu ini Kali ini saya memang tak nak lancarkan dengan kontroversi Kiranya, saya lancar lagu ini berdasarkan kekuatan dan 'share' daripada orang ramai. 

“Kalau nak harap kontroversi ia jangka pendek saja. Dengan kualiti yang ada, Insya-Allah lagu ini akan kekal lama dan saya nak ia malar segar. Setiap kali raya, orang ingat dan dengar lagu ini. Bagi saya, lagu ini adalah masterpiece tekno yang ada 'vibes' raya di kampung," katanya.

Mengenai pemilihan tajuk Muah Muah Raya, Vida berkata bunyi 'muah muah' itu sudah menjadi kebiasaan jika seseorang itu saling bersalaman.

''Bagi mereka yang rapat, kalau bersalaman mesti akan bunyikan 'muah muah'. Dari situ timbul idea nak hasilkan lirik lagu ini. Pada masa sama, ia sesuatu yang sudah biasa kita dengar.

"Bukan saja lirik, tapi konsep lagu dan video muzik juga daripada saya. Walaupun dicipta oleh Amy Ukays, tapi saya berikan idea yang mana nak 'vibes' yang lain dan betul-betul raya. 

"Macam dalam MV, saya ada libatkan Cik B, Kacak dan kanak-kanak lain. Saya nak ada eleman kekeluargaan. Walaupun susah nak aturkan budak-budak, tapi dapat juga buat. Saya puas hati dengan hasilnya," katanya. – Getaran, 18 April 2023 




 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 12 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN