web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nafi Bersalah Pecahkan Pasu Dan Bikin Video Gimik, Yana Samsudin Tunjuk Bukti Tangan Berdarah 

Dalam video yang dimuat naik menerusi Instagram, pelakon yang mesra disapa sebagai Yana itu menafikan memegang pasu bernilai RM 400,000 itu.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2023 8:06AM

Tular di media sosial sebuah video Aliff Syukri mengamuk dan mendakwa Yana telah memecahkan pasu mewah miliknya yang berharga RM400,000 ketika rakaman program raya bersama-sama Astro diadakan. - Gambar dari Instagram Yana Samsudin

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kecewa dengan tuduhan yang dilemparkan, pengacara dan pelakon Yana Samsudin telah memuat naik video sebagai bukti tidak memegang pasu yang pecah seperti didakwa usahawan Datuk Seri Aliff Syukri.

Dalam video yang dimuat naik menerusi Instagram, pelakon yang mesra disapa sebagai Yana itu menafikan memegang pasu bernilai RM 400,000 itu. Malah, dia sendiri buntu bagaimana tangannya tiba-tiba boleh berdarah ketika insiden berkenaan.

“Inilah kejadian sebenar tiba-tiba pasu yang didakwa saya pecahkan di rumah DAS.

“Saya menghormati pelawaan pihak Astro untuk program Raya, menjadi pengacara selebriti beraya di rumah selebriti.

“Nasib baik saya ada simpan video ini. Saya bukan berlakon dan tangan saya terluka serta berdarah. Tangan saya betul berdarah dan saya sendiri tak pasti bagaimana ia berlaku. Sebab saya pasti saya tak pegang pasu tu.

“Korang boleh nilai sendiri, dalam video ini. Bukan saya yang jatuh kan pasu itu,” tulisnya. 

Bukan itu sahaja, pelakon Histeria itu juga menafikan tuduhan sesetengah pihak yang mendakwa insiden berkenaan adakah sekadar gimik juga bahan kandungan untuk program raya berkenaan. 

“Seandainya ada dakwaan saya terlibat untuk konten atau nak kenakan saya, ia adalah di luar pengetahuan tanggungjawab saya.

“Pasu tu bukan di tangan saya, ia tiba-tiba terhempas dan jatuh pecah. Nilailah sendiri, dakwaan yang dilemparkan  kepada saya,” katanya. 

Terdahulu, tular di media sosial sebuah video Aliff Syukri mengamuk dan mendakwa Yana telah memecahkan pasu mewah miliknya yang berharga RM400,000 ketika sebuah rakaman program raya bersama-sama Astro. - Getaran, 18 April 2023

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN