web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kecoh Jalan Alor Bukit Bintang, Bila Pasya Nyaris Ditumbuk Pelancong Iran Selepas Tuntut Wang Bayaran RM200 

Sepanjang Ramadan ini, Pasya dan rakan-rakannya berbusking di sepanjang kawasan Jalan Alor Bukit Bintang dan malam tadi, dia telah diminta sekumpulan pelancong Iran untuk menghiburkan mereka di kawasan berdekatan meja mereka. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2023 9:55AM

Tidak seperti selebriti lain, sepanjang Ramadan kali ini Pasya memilih untuk berbusking bersama rakan-rakannya. - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Banyak pekerjaan yang dilakukan selebriti pada bulan Ramadan ini. Ada yang sibuk berniaga dan ada juga yang memilih untuk busking di kawasan yang mencuri tumpuan pelancong seperti yang dilakukan Pasya Mentor 7. 

Sepanjang Ramadan ini, Pasya dan rakan-rakannya berbusking di sepanjang kawasan Jalan Alor Bukit Bintang dan malam tadi, dia telah diminta sekumpulan pelancong Iran untuk menghiburkan mereka di kawasan berdekatan meja mereka. 

Sebelum menyanyi untuk mereka, Pasya terlebih dahulu menjelaskan bahawa mereka perlu membuat bayaran sebanyak RM200 dan perkara itu telah dipersetujui. Tetapi, sebaik sahaja, selesai menyanyi, sekumpulan pelancong itu enggan membayar dan membuat endah tak endah. 

“Kami sebenarnya 'busking' di hujung jalan ini sebelum didekati seorang wanita Iran daripada kumpulan berkenaan yang mahukan kami menyanyi berdekatan dengan meja makannya.

"Kami sudah dimaklumkan bahawa jika mahu kami berpindah tempat, ada caj lain iaitu RM200 yang dikenakan kerana perlu mengangkut peralatan muzik dan kelengkapan sistem audio 

" Dia terus setuju. Jadi, kami pun mengemaskan barang untuk beralih kedudukan. Selesai menyanyi dan ketika tabung kami tiba di meja tempat perempuan Iran itu duduk, dia buat tidak tahu dan tida bayar satu sen pun,” katanya. 

"Bagaimanapun, ketika tabung kami tiba di meja tempat perempuan Arab itu duduk, dia tidak menepati janjinya untuk bayar caj yang dipersetujui tadi. Malah, dia tak mahu bayar satu sen pun. 

Jelas Pasya atau nama sebenarnya, Faizul Asyraf Fauzi, 29. wanita itu juga turut meninggikan suara dan menengking ahli kumpulan buskernya.

Bahkan, wanita itu juga menuduh mereka melakukan peras ugut apabila meminta wang sebanyak RM200, manakala rakan lelakinya memberi amaran kepada Pasya untuk menumbuknya jika dia tidak berlalu dari situ.  

Insiden pertengkaran tersebut disaksikan ramai orang, namun Pasya serta rakan-rakan buskernya bernasib baik kerana beberapa individu tempatan termasuk peniaga kedai makan turut menyebelahi mereka. 

Namun, insiden ini akhirnya berjaya menemui penyelesaian apabila seorang lelaki Iran yang berusia di dalam kumpulan pelancong cuba menenangkan keadaan dan mengajak kedua-dua pihak berbincang. Akhirnya, Pasya dan rakan-rakannya berjaya mendapat bayaran mereka. – Getaran, 17 April 2023 

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Syahdu Di Bukit Bintang, Gema Selawat Damaikan Jiwa

2

Video & Galeri 3 tahun yang lalu

Mawar Merah Tanda Kasih Hari Valentine

3

Selera 4 tahun yang lalu

Salutan Emas, Rasai Durian Ala Kayangan Di Bukit Bintang!

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Jual Beli Dadah Motif Utama Lelaki Dibunuh Dalam Bilik Hotel

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu