web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerana Pathaan, Aktor John Abraham Tidak Mahu Lagi Bikin Filem Bergenre Cinta Dan Komedi 

Memang John Abraham sebelum ini sentiasa dikenali sebagai hero filem aksi terbaik dan ini dapat dibuktikan menerusi lakonan dan persembahan cemerlangnya nya dalam filem seperti Dhoom dan Race 2. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2023 11:00AM

John Abraham - Gambar dari Instagram 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selain Datuk Shah Rukh Khan, nampaknya ramai yang meminati lakonan John Abraham sebagai antagonis bernama Jim di dalam filem Pathaan. 

Bahkan, dek kerana Pathaan juga, aktor Bollywood yang kacak dan bertubuh sasa ini berjaya mengecapi kejayaan apabila filem tersebut membuat kutipan pecah panggung. 

Memang John Abraham sebelum ini sentiasa dikenali sebagai hero filem aksi terbaik dan ini dapat dibuktikan menerusi lakonan dan persembahan cemerlangnya dalam filem seperti Dhoom dan Race 2. 

John dilaporkan mahu menumpukan semula fokusnya dengan filem-filem bergenre aksi selepas ini.. 
John dilaporkan mahu menumpukan semula fokusnya dengan filem-filem bergenre aksi selepas ini.. 

Namun, aktor ini juga cuba meluaskan kebolehannya untuk berlakon dalam filem komedi dan filem tipikal Bollywood yang menghiburkan. Malangnya, kebanyakannya filem yang dibintanginya itu tidak mencapai kutipan pecah panggung. 

Disebabkan itu, sumber daripada Bollywood memberitahu bahawa John kini mahu menumpukan semula fokusnya dengan filem-filem bergenre aksi. 

Bagi membuktikan betapa seriusnya keputusan yang dibuatnya itu, John laporkan telah menolak tawaran untuk membintangi filem komedi terbaharu arahan Sajid Khan yang juga adik kepada pengarah filem dan kareografer, Farah Khan. 

Filem komedi bertajuk Awara Paagal Deewana 2 itu turut membariskan pelakon hebat yang lain seperti ‘Nora Fatehi, Shenaaz Gill dan Riteish Deshmukh dan John Abraham adalah salah seorang daripadanya. 

Nama John Abraham di dalam filem itu telah pun tersenarai sejak dari awal lagi atas kehendak sang pengarahnya, Sajid. 

Bagaimanapun, selepas dia menarik diri daripada membintangi filem tersebut, kini pihak produksi terpaksa mencari pelakon lain sebagai ganti. 

Apapun, John barangkali menyedari filem aksi lebih memberikan kepuasan atau dia mampu beraksi dengan lebih baik dalam genre seperti itu berbanding genre-genre lain. 

Yang pasti, memang ramai peminat Bollywood yang sentiasa menantikan kemunculan John dengan filem-filem bercorak aksi. – Getaran, 17 April 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 15 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...