web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dilantik Sebagai Duta HLB, Lisa Surihani dan Alif Satar Cipta Sejarah  

Hong Leong Bank buat julung kalinya melantik selebriti sebagai duta bagi mempromosikan perkhidmatan perbankan mereka kepada orang ramai.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2023 6:08PM

Dari kiri, Pemangku Ketua, Pengurusan Harta Serantau Hong Leong Bank, Ken Cheah Sui Keat; Pengarah Urusan Perkhidmatan Kewangan Peribadi, Andrew Jong Ann Kee; Alif Satar;  Lisa Surihani; Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi, Zalman Zainal serta dan Ketua Operasi, Syed Idham Fariz Syed Shiek. - Gambar dari Public Relations & Communications

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selebriti kesayangan ramai, Lisa Surihani dan Alif Satar mencipta sejarah manis apabila diangkat sebagai duta Hong Leong Bank (HLB) buat julung kalinya. 

Sebelum ini, HLB tidak pernah melantik mana-mana selebriti untuk mempromosikan mana-mana produk atau servis mereka kepada orang ramai. 

Duo ini akan menjadi wajah-wajah pelbagai kempen dan inisiatif bank, kepada pelanggan untuk semua segmen perniagaan HLB. 

Dalam sidang media baru-baru ini, HLB menjelaskan kerjasama menarik ini bertujuan membina hubungan yang lebih mendalam antara bank tersebut dan pelanggan, membantu meningkatkan profil bank serta mengukuhkan komitmen bank untuk menyediakan perkhidmatan kewangan dan produk yang dibina mengikut keperluan dan keutamaan pelanggan.

Mengulas lanjut tentang pelantikan ini, Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi HLB, Zalman Zainal berkata, pihaknya cukup teruja dengan kerjasama terbaharu ini kerana yakin Lisa dan Alif akan membantu HLB untuk mencapai pelanggan yang lebih meluas. 

Zalman Zainal (tengah) bersama Lisa Surihani dan Alif Satar.
Zalman Zainal (tengah) bersama Lisa Surihani dan Alif Satar.

“Kami gembira untuk menyambut Lisa Surihani dan Alif Satar ke keluarga HLB. Sebagai duta HLB, mereka akan membantu kami menjalin hubungan dengan pelanggan dan komuniti secara luas, dan mempromosikan produk serta perkhidmatan kami dengan cara yang bermakna. 

“Lisa dan Alif dilantik menjadi duta HLB kerana mereka ini mempunyai kriteria yang kami cari. Beberapa sebab yang jelas ialah, kedua-dua selebriti ini merupakan seorang usahawan yang berjaya, dan sering berbakti kepada masyarakat dengan melibatkan diri dengan kerja-kerja amal. Selain itu, Lisa dan Alif juga sangat fokus kepada keluarga,'' katanya.

Beliau memberitahu, kriteria tersebut membuatkan HLB tertarik untuk bekerjasama dengan mereka kerana ia mencerminkan etos bank yang fokus kepada komuniti.

''Bagi kami di HLB, produk, perkhidmatan, dan penyelesaian kewangan kepada pelanggan harus sentiasa bertumpu kepada masyarakat dalam memenuhi keperluan dan aspirasi kewangan mereka. Kami percaya Lisa dan Alif akan sepenuhnya mewakili nilai-nilai HLB dan menyampainya kepada audiens yang lebih luas,” ujar Zalman.

Bagi Lisa Surihani pula, dia melihat pelantikannya sebagai duta HLB sebagai satu ruang untuk mempelajari tentang pengurusan kewangan selain berasa kagum apabila mendapat tahu HLB merupakan institusi kewangan tempatan yang mempunyai pelbagai kemudahan perbankan untuk semua golongan umur dan masyarakat.

"Saya kagum dengan komitmen HLB dalam memberdayakan rakyat Malaysia untuk mencapai matlamat kewangan mereka dengan menjadikan proses perbankan mudah dan lancar, terutamanya melalui platform perbankan digital dan inklusif. “

“Sebagai seorang ibu dengan anak-anak kecil, saya menghargai sumber-sumber celik kewangan dan pemuliharaan alam sekitar yang telah dikumpulkan oleh HLB di laman web mereka. Ini adalah peluang untuk saya sama-sama belajar dan mengajar anak-anak saya tentang kepentingan pengurusan kewangan. 

“Saya berharap perjalanan bersama HLB ini dapat membantu lebih ramai orang, terutamanya keluarga muda, menguruskan kewangan mereka dan membina landasan kukuh untuk anak-anak mereka," ujar Lisa.

Sementara itu, Alif pula berkata, sebagai seseorang yang telah mengalami sendiri kepentingan celik kewangan dan keusahawanan, dia  bersemangat untuk mewakili HLB dalam usaha berterusan mereka untuk menjadikan produk dan perkhidmatan kewangan mudah diakses oleh semua orang.

“Akses mudah kepada produk dan perkhidmatan ini adalah penting dalam membantu masyarakat mencapai kebebasan kewangan dan meningkatkan kualiti hidup mereka. Celik kewangan juga membolehkan mereka untuk merancang masa depan kewangan mereka.”

“Sebagai seorang selebriti dan duta, saya berharap saya boleh membantu HLB untuk sampai terus kepada pelanggan yang memerlukan perkhidmatan perbankan mereka. Ada banyak servis yang sebenarnya sangat membantu dalam pengurusan kewangan kita,” tambah Alif. -  Getaran, 14 April 2023 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 23 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN