web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Kau Feeling-Feeling Je Kata Penyanyi Nombor 1, Tapi Suara Kau Memang Tak Sedap' – Michael Ang Kecam Aliff Syukri?

Sebuah video hantaran yang dimuat naik pengarah dan juga pelakon, Michael Ang di Instagram miliknya semalam, benar-benar mengundang tanda-tanya.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2023 12:11PM

Tangkapan layar video Instagram Michael Ang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebuah video hantaran yang dimuat naik pengarah dan juga pelakon, Michael Ang di Instagram miliknya semalam, benar-benar mengundang tanda-tanya. 

Apa tidaknya, video hantaran tersebut telah memuatkan kata-kata kecaman tanpa tapisan buat usahawan produk, Datuk Seri Aliff Syukri yang ketika ini sedang bergembira apabila muzik video lagunya, 'Chu Ku Chuk Raya' masih lagi meraih kedudukan Top 10 trending iaitu di tangga kelapan sejak ia dilancarkan di platform YouTube pada 6 April lalu. 

“Video nih aku buat dituju khas buat Datuk Aliff Syukri. Oi Datuk, kita tahu dan kita sedar dan kau pun tahu memang kau tak boleh menyanyi.

“Kau feeling-feeling je kata kau penyanyi nombor satu . Datuk Siti Nurhaliza pun layankan kau.  Tapi, apa-apa pun pun kau memang tak boleh menyanyi . Suara kau memang tak sedap. 

“Tapi, memang dah trend, tiap -tiap raya pun kau buat video supaya kau jadi talk of the town (menjadi bualan ramai).  Kau suka buat hal.. tapi kali ini aku husnuzon je lah. 

“Yang kau shoot video tuh, yang kau pakai baju macam swimming suit (baju renang)  tuh, kau shoot video tu kat resort kau.

“Alang-alang lepas shoot, terus kau boleh terjun kat sungai.  Tapi baik-baik, jaga-jaga kalau terjun kat sungai tu, jangan sampai tenggelam pulak,” katanya.

Wah! Memang pedih betul kenyataan yang dibuat oleh Michael dan Michael juga siap-siap memberitahu bahawa sebelum dia memuat naik video hantaran tersebut, dia telah pun mendapatkan nasihat peguam. 

Walaupun pedih, tapi betullah kata Michael Ang tuh. Cuma, tak sangka pula Michael Ang akan bersuara sebab rasanya dia baik juga dengan Aliff Syukri. Tiba-tiba dalam video hantaran dia, dia bantai Aliff Syukri pulak. 

Tapi, usahlah kalian tertipu. Kalau menonton video ini sehingga ke penghujung, Michael sebenarnya ingin memberitahu bahawa tak perlulah kita semua ini mengutuk Aliff Syukri. 

“Bagi aku kan, suka hati dialah. Duit dia, suka hati dia lah nak buat. Lagipun, dia nak jual barang, marketing lah tu.

“Dia (Aliff Syukri) tu, walaupun menyakitkan hati, menyakitkan telinga, tapi lagi baiklah daripada orang-orang lain yang acah-acah alim, lepas tuh maki-maki orang, ugut-ugut orang atau pukul perempuan,” katanya. 

Ha… bila fikir-fikir balik, betul juga kata-kata Michael Ang Gedik-gedik Aliff Syukri pun, dah enam anak tau. Getaran ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Datuk Aliff Syukri dan isteri atas kelahiran cahaya mata keenam mereka iaitu Luqman Al-Haqeem. – Getaran, 14 April 2023 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu