web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahkamah Tetapkan 30 Mei Sebutan Inter-Parte Kes Hadanah Diana-Farid Kamil

Pada 24 Mac lepas, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan perintah hak penjagaan sementara dua anak pasangan berkenaan kepada Diana, namun tiada halangan untuk Farid berjumpa dengan anak-anaknya.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2023 3:22PM

Akberdin Abdul Kader yang mewakili Diana Danielle, berkata mahkamah turut melanjutkan perintah hadanah interim ex-parte (satu pihak) kepada pelakon wanita itu sehingga 30 Mei - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Syariah di sini menetapkan 30 Mei ini bagi sebutan inter-parte (dua pihak) bagi pasangan pelakon Diana Danielle Danny Beeson dan Farid Kamil Zahari berhubung hak penjagaan sementara anak.

Peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Diana, 32, berkata mahkamah turut melanjutkan perintah hadanah interim ex-parte (satu pihak) kepada pelakon wanita itu sehingga 30 Mei.

"Kedua-dua pihak (Diana dan Farid) telah maklum kepada hakim bahawa kita mahu ambil inisiatif penyelesaian mahkamah semua isu berkaitan kedua-dua belah mereka.

"Nampaknya ada harapan sebab pihak sana juga sudah tunjukkan kemahuan (mereka) untuk berbincang dengan kita, pada proses Sulh (penyelesaian pertikaian) yang ditetapkan pada 11 April ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas prosiding di hadapan Hakim Syarie Zulfikri Yasoa.

Farid Kamil - Gambar oleh Sairien Nafis
Farid Kamil - Gambar oleh Sairien Nafis

Pada 24 Mac lepas, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan perintah hak penjagaan sementara dua anak pasangan berkenaan, yang berusia 10 dan lapan tahun kepada Diana, namun tiada halangan untuk Farid berjumpa dengan anak-anaknya.

Sementara itu, peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Farid, 42, turut mengesahkan perkara tersebut.

Beliau memaklumkan arahan anak guamnya adalah untuk menyelamatkan rumah tangga mereka supaya dua anaknya tidak terpisah dengan kedua-dua ibu bapa.

Pada 10 Mac lepas, Diana selaku plaintif memfailkan permohonan cerai terhadap Farid mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 atas alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan serta tidak lagi mampu hidup bersama sebagai suami isteri. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 4 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 11 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...