web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cincin Di Jari, Bunga Sudah Dirisik Keluarga Kekasih

Dalam pada itu, Bunga juga sedang sibuk menjalani latihan industri sebelum menamatkan pengajian ijazah dalam jurusan Pentadbiran Awam di UiTM Seremban 3.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2023 5:03PM

Bunga Isme mendedahkan dia telah dirisik keluarga Amzar Sabri. - Gambar dari Instagram Bunga Isme

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tersipu-sipu ketika ditanya maksud cincin yang sudah tersarung di jari manisnya, penyanyi yang juga rapper, Bunga akhirnya mengesahkan dia sudah dirisik keluarga kekasihnya pada Februari lalu.

Walaupun usia percintaannya dengan penyanyi Amzar Sabri sudah memasuki empat tahun, namun pemilik nama sebenar Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari itu mengakui masih belum bersedia untuk melangkah ke gerbang perkahwinan apalagi usia baharu sahaja menginjak 23 tahun. 

“Status kami baru lepas fasa merisik, Februari lalu. Alhamdulillah, kami sudah berkenalan empat tahun dan dia orang industri.

"Perancangan mendirikan rumah tangga ada tetapi bukan dalam masa terdekat. Bukan tahun ini dan bukannya tahun hadapan. 

‘Sejujurnya, saya belum bersedia bergelar isteri kerana saya pun masih terlalu muda iaitu 23 tahun. Banyak yang saya ingin fokus terutama  dari segi karier dan perniagaan,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran video muzik Raya Last Minit nyanyian Andi Bernadee dan Ryan Bakery semalam. 

Sedang sibuk menjalani latihan industri sebelum menamatkan pengajian ijazah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seremban 3 dalam jurusan Pentadbiran Awam, pelantun lagu Intan Payung itu bertekad mahu memberi komitmen dan fokus sepenuhnya kepada bidang nyanyian selepas ini.

“Saya sendiri mengakui tidak aktif dalam karier sebagai seorang penyanyi kerana mahu memberi fokus kepada pengajian. Namun selepas ini, saya akan  kembali mengembangkan karier nyanyian saya di samping mengusahakan perniagaan tudung.

“Saya ingin menghasilkan sebuah jenama tudung yang bukan sahaja boleh dipakai oleh wanita berhijab, tetapi juga boleh digayakan oleh mereka yang tidak bertudung.

“Semua rekaan akan dihasilkan sepenuhnya daripada saya. Tapi semua masih di peringkat perancangan sebab saya belum mempunyai pasukan yang besar,” katanya. - Getaran, 31 Mac 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 11 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...