web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Syamsul Yusof Failkan Nusyuz Terhadap Puteri Sarah

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2023 8:40PM

Syamsul Yusof hari ini memfailkan permohonan nusyuz terhadap isteri pertamanya pelakon Puteri Sarah Liyana di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengarah filem Syamsul Yusof hari ini memfailkan permohonan nusyuz terhadap isteri pertamanya pelakon Puteri Sarah Liyana di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini.

Permohonan itu difailkan Syamsul, atau nama sebenarnya Mohd Shamsul Md Yusof, 39, terhadap Puteri Sarah Liyana atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin ,38, di hadapan Pendaftar Mahkamah Syariah Harun Hashim pada 3.10 petang.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Mohd Shamsul mendakwa Puteri Sarah sering menghubungi bekas kekasihnya yang berstatus suami orang tanpa pengetahuan beliau sehingga mengganggu rumah tangga lelaki itu.

Selain itu, Mohd Shamsul mendakwa Puteri Sarah telah meninggalkan beliau selama lebih dua tahun dan ia bertentangan dengan kemahuannya.

Shamsul berkata pelbagai langkah dan usaha juga telah diambil untuk memujuk Puteri Sarah supaya kembali ke pangkuan beliau dan memerintah defendan supaya kembali taat namun wanita itu enggan sebaliknya telah mengeluarkan kenyataan tidak benar, berunsur fitnah dan tohmahan terhadap dirinya. 

Sehubungan itu, Mohd Shamsul memohon supaya mahkamah mengisytiharkan Puteri Sarah telah nusyuz terhadap plaintif sejak Oktober 2020 dan defendan tidak berhak menerima nafkah isteri sejak tarikh nusyuz disabitkan.

Permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 60 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 dan Seksyen 61(3) (b)(i) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Terdahulu, peguam Syarie Azmi Tan Seri Dr Mohd Rais yang mewakili Mohd Shamsul memaklumkan pihaknya akan menyerahkan saman kepada pihak Puteri Sarah dalam masa terdekat.

"Pada hari ini, Mohd Shamsul telah memfailkan kes tuntutan nusyuz terhadap Puteri Sarah dan kami baharu sahaja mendapat kebenaran untuk menyerahkan saman di luar bidang kuasa memandangkan Puteri Sarah tinggal di Wilayah Persekutuan.

“Oleh itu, kami akan menyerahkan saman nusyuz ini dalam tempoh terdekat," katanya yang turut memaklumkan bahawa sebutan kes itu ialah pada 6 April ini.

Mohd Shamsul ketika ditemui media berkata tujuan beliau memfailkan permohonan tersebut ialah untuk menyelamatkan kembali rumah tangga mereka kerana pelakon filem Munafik itu masih menyayangi isterinya.

"Saya mahu selamatkan rumah tangga kerana masih memikirkan anak-anak, kita nak cakap soal kesilapan, semua orang buat silap, isteri saya pun ada kesilapan juga,” katanya.

Pada 16 Jan lepas, Puteri Sarah memfailkan permohonan cerai terhadap Mohd Shamsul secara baik dengan kebenaran mahkamah di bawah Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Bagaimanapun, pada 7 Mac lepas, Mohd Shamsul enggan menceraikan Puteri Sarah kerana tidak bersetuju dengan permohonan itu.

Pada prosiding itu, peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah memohon untuk melalui proses hakam keluarga tanpa melalui Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam permohonan perceraian namun peguam Roshdan Sujak yang mewakili Mohd Syamsul membantah.

Hakim Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Akmaluddin Ilyas kemudian memerintahkan pasangan itu melantik wakil JKP selepas memutuskan bahawa tiada keadaan luar biasa dalam permohonan Puteri Sarah untuk tidak melalui proses JKP dan terus ke hakam keluarga. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 4 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 3 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...