web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Tak Benarkan Pendapat Orang Menjadi Racun Dalam Hidup Saya - Misha Omar

Misha turut menjaga kandungan yang ingin dikongsikannya di laman sosial dan mempunyai ramai kenalan yang turut berhadapan dengan masalah keresahan dan kemurungan, melatih penyanyi itu untuk menjadi seorang pendengar yang baik. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2023 9:00PM

Misha Omar - Gambar oleh Sairien Nafis

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudah lebih dua dekad di dalam industri, penyanyi Misha Omar selalu meletakkan perisai di dalam dirinya agar tidak membiarkan kata-kata kesat yang dilemparkan publik meracuni fikirannya. 

Menurutnya, sudah adat menjadi anak seni semua perkara pasti akan menjadi sorotan orang ramai. Tidak ketinggalan ada yang sengaja mempertikai dan mencari salah pelantun lagu Bunga-bunga Cinta itu.

“Lama-kelamaan saya semakin matang dalam mengenal ruang bebas yang ada terutamanya di laman media sosial. Orang boleh memberi pendapat tentang saya tapi pendapat itu bukan mewakili saya. Saya hormat pendapat yang diberikan. Saya terima apa yang orang ludah atau kata nista tentang diri saya, namun saya tak benarkan ia jadi racun dalam diri saya.

“Saya tak perlu semua orang suka saya, cukuplah segelintir,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis sidang media pelancaran buku Senandika: Bercakap Seorang Diri tulisan Maliah Surip.

Bukan itu sahaja, Misha turut menjaga kandungan yang ingin dikongsikannya di laman sosial. Penyanyi itu berpendapat, setiap apa yang dikongsikan turut mempengaruhi reaksi yang bakal diberikan warganet. 

“Kita sendiri perlu ada kesedaran tentang apa yang ingin dikongsikan di laman sosial. Kandungan yang kita hidangkan akan mempengaruhi reaksi positif atau negatif. Kita kena bersedia menerima apa-apa komen. Oleh itu, jika tidak bersedia, jangan kongsikan,” tambahnya lagi. 

Misha tidak menafikan ruang sempadan yang semakin kecil antara pengguna di laman sosial boleh mempengaruhi kesihatan mental seseorang. Mempunyai ramai kenalan yang turut berhadapan dengan masalah keresahan dan kemurungan, melatih penyanyi itu untuk menjadi seorang pendengar yang baik. 

“Kita kena kuat jika mendampingi orang ada penyakit mental. Sebenarnya, mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental ini hanya perlukan seorang yang boleh menjadi pendengar yang baik dan memberi respons yang menenangkan. Mereka tak minta anda untuk selesaikan masalah mereka atau beritahu nak buat apa. 

“Sudah tiba masanya pesakit mental tidak lagi takut dengan penyakit yang mereka hadapi hanya kerana gusar dengan tanggapan masyarakat. Keluar dan bersuaralah jika itu membantu anda untuk pulih. Jangan takut untuk sayangi diri dan menjadi sihat seperti sedia kala,” tambahnya. 

Maliah Surip bersama buku hasil tulisannya.
Maliah Surip bersama buku hasil tulisannya.

Senandika: Bercakap Seorang Diri merupakan sebuah buku hasil tulisan Maliah Surip menceritakan pengalamannya melalui General Anxiety Disorder (GAD) dan Major Depressive  Disorder (MDD) sejak tahun 2019. 

Buku ini boleh dibeli dalam talian menerusi Shopee atau kedai-kedai yang menjadi pengedar sah naskhah ini. - Getaran, 15 Mac 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 9 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN