web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Terkejut Dia Tak Nak Berpisah – Puteri Sarah Dedah Pernah Dipukul Syamsul Yusof Tiga Tahun Lalu 

Prosiding pertama kes penceraian antara pengarah terkenal Syamsul Yusof dan aktres Puteri Sarah Liyana menemui jalan buntu selepas Syamsul membuat keputusan enggan menceraikan isteri pertamanya itu. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2023 12:37PM

Puteri Sarah (tengah) selepas prosiding kes penceraian dengan Syamsul Yusof di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini. - Gambar oleh Helmi Anuar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengarah terkenal, Syamsul Yusof enggan menceraikan isteri pertamanya iaitu Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin ketika prosiding sebutan kes penceraian mereka di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini. 

Peguam syarie yang mewakili Syamsul Yusof selaku defendan iaitu Rushdan Sujak berkata demikian ketika prosiding di hadapan Hakim Syarie, Akmalludin Ilyas dengan dihadiri wakil peguam syarie kepada Puteri Sarah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader.

Mahkamah telah memerintahkan kedua-duanya melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) dalam permohonan cerai itu. 

Syamsul Yusof ketika hadir di mahkamah pagi tadi. - Gambar oleh Helmi Anuar
Syamsul Yusof ketika hadir di mahkamah pagi tadi. - Gambar oleh Helmi Anuar

Dalam prosiding itu, Puteri Sarah mendedahkan dia telah dipukul oleh Syamsul tiga tahun lalu sehingga menyebabkan dia mengambil keputusan untuk keluar dari rumah pada tahun 2020.

Sementara itu, Puteri Sarah ketika ditemui media di luar mahkamah berkata, dia tidak menyangka bahawa Syamsul enggan menceraikannya.

Puteri Sarah Liyana - Gambar fail
Puteri Sarah Liyana - Gambar fail

"Saya tak sangka dia tak nak ceraikan saya. Kalau ikut cara layanan dia terhadap saya selama ini, ibarat senang untuk dia lepaskan. 

"Action speaks louder than words. Mulut kata tak nak, tapi perbuatan menunjukkan sebaliknya. Saya terkejut bila dia tak nak berpisah dan nak berdamai. 

“Kalau betul nak berdamai kenapa sampai sekarang tiada penjelasan kepada saya, keluarga saya, keluarga dia tentang pernikahannya di Siam? 

"Semuanya sudah terlambat. Just let me go. I want to move on. Saya pun dah tak ada perasaan terhadapnya," katanya. 

Sementara itu, Akberdin berkata jika Syamsul enggan menceraikan Puteri Sarah, mereka akan membawa kes ini ke hakam mahkamah untuk diberikan kuasa menceraikan melalui kaedah hakam. -  Getaran, 7 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Syamsul Yusof, Ira Kazar Sah Cerai Talak Satu

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Puteri Sarah Saman Pegawai Pemasaran RM1 Juta

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Bil Elektrik Tak Masuk Akal, TNB, Apa Sudah Jadi? — Netizen

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Syamsul Yusof Tarik Balik Saman Terhadap JAWI, MAIWP

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN