web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pernah Ada 2 Tawaran Show Sahaja Setahun, Lah Ahmad Dedah Kisah Lalui Zaman Susah

Ditanya bagaimana bekas kumpulan V.E itu meneruskan hidup dalam keadaan tawaran nyanyian yang begitu sedikit. Lah tersenyum, dia sendiri sukar mengungkapkan bagaimana mencabarnya detik itu.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2023 7:00PM

Lah Ahmad - Gambar oleh Wafa Aula

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Kerjaya kita ini, orang tak tahu kesusahan kita. Mereka hanya nak tengok kita atas pentas,”

Demikian luahan Lah Ahmad ketika mengenang kembali perjalanannya menempuhi detik terendah kehidupannya pada tahun 2013. 

Ketika itu Lah atau nama sebenarnya Abdullah Ahmad sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. 

Tidak mudah menjadi ketua keluarga dalam keadaan kerjaya seni yang terumbang-ambing. - Gambar oleh Wafa Aula
Tidak mudah menjadi ketua keluarga dalam keadaan kerjaya seni yang terumbang-ambing. - Gambar oleh Wafa Aula

Tidak mudah menjadi ketua keluarga dalam keadaan kerjaya yang terumbang-ambing. Bukan sahaja pernah menerima upah persembahan serendah RM100, malah pelantun lagu 'Kau Tercipta' itu juga hanya ditawarkan dua kali persembahan dalam setahun.

“Pernah dalam masa setahun, saya hanya menerima dua sahaja tawaran persembahan. Waktu itu saya terfikir untuk putus asa sahaja dalam bidang nyanyian. Saya pula dah berkahwin dan ada anak. Ketika itu saya banyak berdoa dan mula hadiri majlis ilmu,” ceritanya kepada Getaran semasa ditemui di majlis sidang media Soundvalley Festival 2023.

Walaupun sudah jauh hati dengan industri hiburan pada ketika itu, Lah Ahmad masih juga menghasilkan muzik dan memberikan demo lagu-lagunya kepada kumpulan nasyid In-team. 

“Setelah lagu tersebut sampai kepada In-team, mereka berpendapat lagu-lagu berkenaan lebih sesuai dinyanyikan sendiri oleh Lah.

“Merekalah (In-team) yang banyak bagi semangat kepada saya. Sebabnya, kerja dakwah ini kita tak boleh buat seorang diri, jadi saya terus bersemangat buat lagu. 

“Bila mereka dengar demo lagu yang saya hasilkan, mereka kata saya sahajalah yang nyanyi dan hasilkan album. Sudah tentu saya risau sebab zaman sekarang orang sudah tidak lagi membeli album. Tapi In-team yakinkan saya bahawa kelompok nasyid ini berbeza. 

“Pendek kata, In-team menjadi penyebab saya meneruskan kerjaya saya. Bagi membalas budi In-team, saya jemput mereka bernyanyi di konsert saya tempoh hari,” katanya. 

Kumpulan In-team menjadi penyebab Lah meneruskan kerjaya seninya. - Gambar oleh Wafa Aula
Kumpulan In-team menjadi penyebab Lah meneruskan kerjaya seninya. - Gambar oleh Wafa Aula

Ditanya bagaimana bekas kumpulan V.E itu meneruskan hidup dalam keadaan tawaran nyanyian yang begitu sedikit. Lah tersenyum, dia sendiri sukar mengungkapkan bagaimana mencabarnya detik itu.

“Saya sangat beruntung mempunyai isteri yang faham kerjaya saya yang tidak selalu indah. Ketika itu isteri saya bekerja dan banyak membantu saya. 

“Sekarang saya pula sudah ada rezeki. Giliran isteri saya pula duduk di rumah. Saya berdoa untuk buat muzik sebab nak jaga keluarga dan Tuhan melorongkan jalan buat saya.

“Apa yang saya inginkan sekarang ialah untuk buat sesuatu yang berterusan, lama dan berpanjangan. Tak ada lagi perasaan untuk menjadi terkenal atau viral.

“Saya dah pernah rasa dahulu berada di atas, juga sudah pernah rasa ketika Allah tarik semua nikmat dalam sekelip mata,” katanya.

Terkini, Lah Ahmad bakal beraksi di Soundvalley Festival 2023 yang bakal diadakan di Maeps, Serdang pada Mei. Turut sama menjayakan festival itu nanti ialah Aina Abdul, Floor 88, Chombi, 6ixth Sense, XPDC, Boboy dan ramai lagi. - Getaran, 6 Mac 2023 

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 tahun yang lalu

Lah Ahmad Masih Berbisa, Tiket Konsert Sempena 25 Tahun Dalam Industri ‘Sold Out’ Dalam Masa Sehari

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 9 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN