web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


“Dah Tiba Masanya Untuk Saya Hentikan Sinetron Ini” - Jep Dedah Punca Shuib Tinggalkan SRL

Gara-gara dikatakan sering memberikan jawapan yang tergantung tentang ketiadaannya di rancangan Sepahtu Reunion Live, Jep akhirnya membuka mulut mengenai punca kenapa Shuib enggan lagi turut serta dalam rancangan itu.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2023 5:00PM

Shuib (kiri) dan Jep. - Gambar dari Intagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas bertahun menyimpan rahsia, akhirnya salah seorang anggota kumpulan lawak popular iaitu Jep telah mendedahkan punca Shuib tidak lagi bersama mereka.

Menerusi satu hantaran yang dimuatnaik Jep di Instagram, dia mendedahkan bahawa Shuib telah digantung selama dua minggu dari membintangi rancangan Sepahtu Reunion Live (SRL) gara-gara membuat lawak yang mengandungi unsur lucah. 

“Hari ini dengan gerak dan IzinNya, saya rasa dah tiba masanya untuk saya hentikan sinetron yang dimainkan ini. Saya bukannya orang yang kemaruk dengan publisiti untuk kena sentiasa ada tulisan pasal diri saya. Jadi, tolong jangan libatkan saya dalam ‘marketing’ murahan ini.

“Jadi hari ini saya akan beritahu kenapa dia tiada dalam Sepahtu Reunion Live (SRL) bagi mengelakkan sebarang spekulasi dan andaian yang boleh menjadi fitnah. Ini kerana jawapan yang selalu dia keluarkan tergantung dan sentiasa berubah-ubah.

“Ceritanya bermula apabila ada babak yang dia mainkan dalam SRL mendapat kecaman teruk daripada penonton. 

“Aksi lucah itu berlaku ketika babak dia sedang menggunakan mesin kelapa. Jadi pihak Astro mengeluarkan arahan untuk dia minta maaf secara terbuka dan dikenakan tindakan penggantungan selama dua minggu.

“Setelah meminta maaf, dia masih tidak berpuas hati dengan tindakan yang dikenakan, lalu memberi kata dua sekiranya dia masih digantung selama dua minggu, dia memilih untuk tidak meneruskan lagi baki 50 episod yang tinggal,” dedah Jep dalam penjelasan yang panjang lebar itu.

Tambah suami kepada Sari Yanti ini lagi, setelah beberapa musim berlalu, dia masih bertanya kepada Shuib dan mempelawanya untuk kembali semula menyertai SRL.

Namun tiada jawapan balas daripada Shuib dan mereka terpaksa meneruskan SRL tanpa Shuib serta terpaksa membiarkan peminat terus bertanya tentang ketiadaannya. 

“Peminat terus menerus bertanya. Tak ada kenyataan sebenar atas apa sebenarnya yang berlaku yang dikeluarkan. Yang sering diberikan, kenyataan tergantung, kenyataan yang mendatangkan tanda tanya. Saya perhati saja. Fikiran saya, tak perlu saya ikut campur, itu keputusan dia, terpulang pada dia.

“Sepahtu tak pernah buang dia. Malah, di satu waktu kami yang tertunggu dia kembali. Di saat dia nyatakan dia berehat daripada dunia hiburan dan tak mahu buat rancangan apa pun, satu persatu rancangannya keluar. Buat kami termangu-mangu.

“Tak apalah, kini hati pun telah tawar. Waktu berlalu pergi. Kisah kami yang indah-indah, saya simpan sendiri. Janganlah ditanya, diasak suruh bersama lagi. Tidak ada sedikit rasa marah atau dendam cuma kenyataan untuk pembetulan. 

“Walaupun dia tidak bersama Sepahtu, doa saya tetap bersama dia, di mana pun dengan siapa pun. Semoga berjaya,” tulisnya. 

Hantaran berkenaan telah mendapat respon daripada ribuan netizen yang rata-ratanya punya pendapat berbeza tentang masalah yang sedang berlaku di antara kumpulan Sepahtu dan Shuib. 

Namun masing-masing kelihatan lega apabila akhirnya punca sebenar Shuib tidak lagi bersama SRL telah pun diberitahu dan peminat tidak lagi tertanya-tanya. 

Semoga masalah ini dapat diselesaikan secara baik diantara kedua-dua belah pihak dan dapat menemui jalan pendamaian. – Getaran, 6 Mac 2023.

Foto : Instagram

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Adrian Teh Kembali Ke Genre Aksi, “Chelot’ Tampil Babak Pecah Rekod

oleh Sophia Ahmad

Muzik 1 jam yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

Persamaan bahasa dan budaya antara Malaysia dan Indonesia menjadikan muzik sebagai medium yang mampu menyatukan emosi peminat di kedua-dua negara.

oleh Sophia Ahmad