web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nabila Razali Mohon Maaf Isu Baju Ketat Ketika Menghadiri AJL37, ‘Saya Akan Lebih Berhati-Hati’

Gara-gara memakai busana ketat sehingga menampakkan bentuk dada ketika di AJL37, Nabila Razali telah dikecam netizen

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2023 11:30AM

Nabila mengenakan busana berwarna biru cair sewaktu menghadiri Anugerah Juara Lagu ke 37 pada minggu lalu. - Gambar dari Instagram Nabila Razali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi dan pelakon popular, Nabila Razali memohon maaf berkaitan isu bajunya yang dikatakan terlalu ketat sewaktu menghadiri Anugerah Juara Lagu ke 37 pada minggu lalu. 

Nabila atau lebih mesra disapa sebagai Bella ini telah mengenakan busana berwarna biru cair yang mendedahkan bahagian dadanya yang ketat sehingga dikritik oleh netizen.

“Saya mengaku ia salah saya. Sedih sebenarnya. Tapi saya pun tak boleh nak ulas dengan lebih lanjut sebenarnya sebab takut nanti tersalah jawab pula. 

“Walau macam mana pun saya tetap salah. Jadi saya mohon maaf jika saya telah mengguris hati sesiapa.

“Selepas ini saya akan lebih berhati-hati untuk memilih busana yang akan saya gayakan di majlis,” katanya ketika ditemui di Konsert Jelajah Suria Anggun Cotton Collection yang berlangsung di Aman Sentral Alor Setar Kedah pada Ahad lepas.

Pelantun lagu ‘Peluang Kedua’ ini turut tampil membuat penjelasan tentang dakwaan netizen tentang bentuk garisan di bahagian dadanya yang dikatakan bentuk pakaian dalam.

“‘Garisan itu bukanlah garisan seperti yang mereka gambarkan. Itu adalah ‘darts’ pada bahagian baju. Jika siapa yang tahu tentang jahitan, terutamanya tukang jahit mereka pasti tahu,” ujarnya. 

Bercerita mengenai pembabitannya bersama Konsert Jelajah Suria, ini bukanlah kali pertama dia menyertai siri jelajah ini, malah sudah beberapa tahun dan edisi. Setiap tahun pasti nama Nabila Razali tidak terlepas daripada senarai penyanyi yang akan menyertai Jelajah Suria. 

“Radio Suria sentiasa menyokong kerjaya seni saya sejak dari awal pembabitan saya sehingga kini mereka sering memutarkan lagu-lagu saya di radio termasuklah lagu saya yang terbaru. Saya selamanya berasa terhutang budi dengan Suria. 

“Saya seronok dapat jelajah bertemu peminat bersama Suria di seluruh Malaysia. Setiap lokasi penerimaan peminat sangat positif dan berbeza-beza ‘vibes’. 

“Bila peminat dapat menyanyikan lagu kita bersama-sama, pada saya ia merupakan satu pencapaian dalam karier saya,” kongsinya. 

Melihatkan persembahan secara langsungnya semakin baik malah mendapat pujian ramai, kata Bella dia sangat gembira apabila pendengar dan penonton dapat melihat perubahan positif dalam nyanyiannya. 

“Saya rasa gembira bila orang sudah mula menerima dengan baik persembahan nyanyian saya secara ‘live’. Tetapi ini tidak bermaksud saya sudah selesa, akan ada lebih banyak peningkatan yang saya ingin lakukan selepas ini,” katanya. - Getaran, 20  Februari 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 8 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...