web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aiman Tino Bakal Nikah April Ini, Akui Hanya Merisik Tapi Belum Bertunang Lagi 

Aiman Tino telah mengesahkan bahawa dia bakal menikahi gadis pilihannya, Syarah Haida pada April ini. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2023 2:00PM

Aiman Tino memaklumkan upacara majlis merisik Syarah Haifa telah dijalankan pada bulan lepas. - Gamba ihsan Aiman Tino 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Kami akan bernikah dalam masa terdekat, paling cepat sebelum Ramadan atau Raya ini sebab rasa dah tiba masanya untuk saya halalkan hubungan ini,”.

Itu kata penyanyi dan pelakon Aiman Tino, 25, sekali gus mengesahkan dia bakal berkahwin dengan wanita pilihan hatinya yang dikenali sebagai Syarah Haifa.

Menurut Aiman, penetapan bagi tarikh pernikahan mereka belum ditetapkan lagi, namun akan dipercepatkan susulan pasangan itu merisik pada Januari lalu.

“Buat masa sekarang tarikh nikah belum ada. Insya-Allah kami merancangnya selewat-lewatnya April ini atau sebelum Ramadan.

“Rasanya, sudah tiba masa bagi kami menghalalkan hubungan ini. Setiap kali saya balik kampung, ibu saya akan mengajukan soalan ‘bila nak kahwin ini?’. Dulu dia dan ayah umur 23 tahun dah kahwin, saya lewat sedikit. 

“Jadi saya rasa benda baik ini apa salahnya kita cepat halalkan. Lagipun saya selesa dengan dia. Kami selalu bersama dan dia sentiasa ikut saya bekerja. Perbualan kami turut berkenaan tentang bisnes sepanjang masa. 

“Malah, kami juga ada usahakan perniagaan bersama-sama. Jadi saya rasa sekarang masa yang sesuai bagi kami settle down,” katanya.

Aiman berkata demikian ketika ditemui pada Tayangan Media Filem Tonton ‘Irama Kita’ di GSC The Starling Mall, Petaling Jaya semalam.

Aiman Tino
Aiman Tino

Ditanya  kriteria yang ada pada Syarah, kata Aiman, wanita itu memenuhi ciri-ciri wanita idamannya.

“Saya terpikat dengan keayuan dan sikap lemah-lembutnya yang selama ini memang menjadi idaman saya untuk dibuat isteri.

“Lagipun, dia selesa untuk berkawan dan ciri-ciri itu telah membuat saya mengambil keputusan melangkah ke arah lebih serius,” ujarnya.

Menurut penyanyi lagu ‘Permata Cinta’ itu, dia mengenali wanita tersebut sekitar 2019 selepas diperkenalkan oleh seorang sahabat.

“Sebenarnya kami mula kenal dan jalankan perniagaan sejak kurang setahun yang lalu. Kemudian kami mula rapat.

“Jadi apabila kita bertambah rapat dan saling mengenali, tidak salah rasanya untuk kami melangkah ke fasa perkahwinan,” jelasnya.

Bercakap mengenai pertunangan, Aiman berkata, mereka merancang untuk bertunang sehari sebelum majlis pernikahan nanti.

“Kami merancang untuk bertunang sehari sebelum majlis pernikahan. Ramai orang salah faham sebenarnya. Majlis yang berlangsung, baru-baru ini adalah merisik. Kami belum bertunang  lagi,” kongsi penyanyi Ku Rela Dibenci itu.

Terdahulu pada hujung Januari, dalam perkongsian di media sosial, dilihat ibu Aiman menyarung cincin di jari Syarah sebagai tanda hasrat hati untuk menyunting wanita pilihan.

Majlis merisik yang berlangsung di Cheras secara serba ringkas tersebut dihadiri ahli keluarga lain. - Getaran, 9 Februari 2023.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN