web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jumpa Di Mahkamah, Boleh Sembang Lama Sikit - Aeril Zafrel Bagi Tempoh 24 Jam Minta Maaf

Menurut Aeril, tindakan itu diambil bagi melindungi diri dan isterinya, Wawa Zainal daripada terpalit menjadi mangsa fitnah.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2023 9:09PM

Aeril telah menyenaraikan enam akaun Twitter yang didakwa memfitnahnya menerima bayaran kempen untuk sebuah parti politik semasa pilihan raya tahun lalu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak tahan menjadi mangsa fitnah, pelakon dan usahawan Aeril Zafrel memberi amaran kepada beberapa pemilik akaun media untuk membuat permohonan maaf secara terbuka atau bakal berdepan tindakan undang-undang.

Aeril mengeluarkan kenyataan itu di Twitter rasmi miliknya dengan menyenaraikan enam akaun yang didakwa memfitnahnya menerima bayaran kempen untuk sebuah parti politik semasa pilihan raya tahun lalu. 

“Walaupun sepatutnya aku tak perlu layan sangat korang ini, tapi bila ditinjau dari sudut pengikut, aku layan juga untuk meraikan kebiadapan korang.

“Aku jamin korang akan dapat juga saman aku. Tapi aku bagi tempoh 24 jam pada korang untuk buat permohonan maaf terbuka dan padam hantaran berkaitan,” tulisnya dalam ciapan berkenaan. 

Menurut Aeril, tindakan itu diambil bagi melindungi diri dan isterinya, Wawa Zainal daripada terpalit menjadi mangsa fitnah.

“Kepada yang baru mahu menyentuh fitnah dan tuduhan sama, semoga tuduhan dibuat sejelas mungkin. Senanglah sikit nak proceed nanti.

“Tindakan yang bakal aku buat ini atas kapasiti peribadi dan isteri yang dipalit dengan tuduhan dusta dan fitnah ini sahaja. Ianya tidak mencerminkan mewakili parti politik berkaitan.

“Semoga yang lain lebih matang dalam berpolitik,” tutupnya. 

Terdahulu, Aeril dan Wawa memuat naik video memakai baju-T parti sebuah parti politik semasa kempen Pilihan Raya Umum tahun lalu. Aeril dan Wawa dikatakan ‘dibayar’ oleh parti tersebut sehingga ratusan ribu ringgit. – Getaran, 3 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

MB Terengganu Ketua Pembangkang Baharu

2

Politik 5 bulan yang lalu

Ikut Jejak Muhyiddin, Azmin, Peja Letak Jawatan

3

Politik 1 tahun yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

4

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 2 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...