web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Semoga Syamsul Kembali Ke Skop Productions, Tiada Niat Tengok Dia Jatuh - Yusof Haslam

Syamsul Yusof telah membawa haluan baharu dengan menerbitkan filem bertajuk The Original Gangster di bawah produksi miliknya sendiri.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Feb 2023 1:11PM

Syamsul Yusof dan Yusof Haslam. - Gambar dari media sosial

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengarah dan penerbit Datuk Yusof Haslam mengesahkan filem terbaharu yang sedang menjalani pembikinan arahan Syamsul Yusof tidak lagi diterbitkan melalui Skop Production. 

Syamsul Yusof telah membawa haluan baharu dengan menerbitkan filem bertajuk The Original Gangster di bawah produksi miliknya sendiri, Syamsul Yusof Films dengan kerjasama Razor's Edge Pictures.

“Filem terbaharu Syamsul tidak diterbitkan di bawah Skop Productions. Jika itu pilihan dia, terserahlah. Sebagai, bapa saya tetap mendoakan kejayaan filem-filem yang dihasilkannya.

“Syamsul adalah aset. Saya berharap agar suatu hari nanti Syamsul kembali ke Skop Productions, tempat di mana dia bertapak dahulu dan juga tempat di mana bapanya berjuang selama bertahun-tahun sebelum sampai ke tahap ini. 

“Saya percaya Syamsul mungkin tertekan. Tiada niat saya untuk melihat anak saya jatuh,” kata Yusof Haslam ketika ditemui Getaran di majlis sidang media Harum Malam baru-baru ini.

Walaupun Syamsul berdepan dengan kemelut rumah tangga yang memberi impak besar kepada keluarga, sebagai bapa, Yusof akan selalu mendoakan yang terbaik buat anak dan menantunya. 

“Kalau saya marah, ia hanyalah di mulut. Tapi di hati lain. Sebagai bapa, memang saya akan menitiskan air mata apabila bercakap tentang anak.

“Saya tidak mahu cakap tentang pulang. Cukuplah saya berharap yang terbaik untuk Syamsul, Puteri Sarah juga buat cucu-cucu saya. Biarlah Allah yang menentukan apa yang bakal terjadi di masa depan,” tambahnya. 

Syamsul Yusof telah membawa haluan baharu dengan menerbitkan filem bertajuk The Original Gangster di bawah produksi miliknya sendiri, Syamsul Yusof Films dengan kerjasama Razor's Edge Pictures.
Syamsul Yusof telah membawa haluan baharu dengan menerbitkan filem bertajuk The Original Gangster di bawah produksi miliknya sendiri, Syamsul Yusof Films dengan kerjasama Razor's Edge Pictures.

Terdahulu, Syamsul Yusof membuat pendedahan terbuka di media sosial sudah mengahwini Ira Kazar sebagai isteri kedua.

Rentetan itu, isteri pertamanya Puteri Sarah terus memfailkan perceraian pada 16 Januari lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Tarikh sebutan kes permohonan cerai bakal berlangsung pada 7 Mac depan. – Getaran, 2 Februari 2023 

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN