web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Zambry Minati Lagu Ketuhanan Ciptaan AR Rahman

Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebelum berlepas ke Singapura terserempak dengan komposer muzik yang pernah memenangi anugerah Oscar itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2023 8:06AM

AR Rahman bersama Dr Zambry Abdul Kadir - Gambar Facebook Zambry Abdul Kadir

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - “Saya juga peminat AR Rahman,” akui Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

“Saya sukakan lagu-lagu beliau yang lebih bersifat ketuhanan. Kini dia banyak menggubah lagu bersifat kerohanian,” katanya kepada media Malaysia di sini pada Ahad.

Beliau berada di Singapura sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke republik itu yang bermula hari ini.

Terdahulu, Zambry sebelum berlepas ke Singapura terserempak dengan komposer muzik yang pernah memenangi anugerah Oscar itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Saya terserempak dengan komposer dan pemuzik legenda India AR Rahman di KLIA sebentar tadi. Hari yang menguntungkan!!!,” kongsi beliau di laman Facebooknya.

Zambry turut berkongsi beberapa keping gambar beliau dan AR Rahman.

AR Rahman pada Ahad meraikan 30 tahun perjalanan seni muziknya di Malaysia, dalam konsert mega di hadapan kira-kira 60,000 penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur.

Zambry berkata antara lagu kegemaran beliau ialah lagu berasaskan Zikir (Zikr) ciptaan AR Rahman terutama bertajuk ‘Hasbi Rabbi Zikr’.

Rendition (AR Rahman) sangat bagus,” kata beliau sambil menyanyikan beberapa bait lagu itu.

Lagu hit AR Rahman turut dihasilkan untuk filem Slumdog Millionaire, iaitu ‘Jai Ho’ diminati menteri itu.

Konsert Secret of Success: Live in Malaysia 2023 AR Rahman turut dihadiri perdana menteri dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

AR Rahman memulakan kariernya dalam bidang seni pada 1992, dan sejak itu beliau menjadi antara ahli muzik paling berpengaruh dan berjaya di India.

Beliau memenangi dua Anugerah Akademi untuk skor muzik dan lagu terbaik pada 2009 bagi sentuhan muziknya dalam filem Slumdog Millionaire arahan Danny Boyle. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

2

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

3

Politik 1 tahun yang lalu

Malaysia - Singapura Komited Selesai Isu Berbangkit, Tertunggak - Anwar

4

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 21 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN