web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


"Nak Viral Sampai Jatuhkan Maruah Orang, Baik Buat Rancangan Ayuh Maki Orang" - AC Mizal

Sebagai selebriti yang sudah 33 tahun berada di dalam industri, AC Mizal sangat benci orang yang menjatuhkan maruah orang lain semata-mata untuk hiburan

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2023 5:09PM

AC Mizal - Gambar dari Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sana sini orang tengah bercakap tentang kelantangan Mas Idayu mengkritik peserta rancangan Famili Duo iaitu Sissy Iman dan Naim Daniel sehingga menyebabkan Sissy menangis di atas pentas.

Sissy juga meluahkan kekecewaannya di media sosial dan dilihat seakan sudah berputus asa dengan bidang muzik selepas insiden memalukan yang terpaksa dihadapinya dalam rancangan yang disiarkan secara langsung di TV3 itu.

Ramai rakan selebriti  dilihat memberikan semangat buat Sissy agar tidak berputus asa dan teruskan berjuang dalam bidang muzik kerana dia memiliki keunikan tersendiri.

Isu ini dilihat turut menarik perhatian pelakon dan pengacara terkenal, Datuk AC Mizal yang telah bersuara dalam satu hantaran yang di buat di akaun Facebook miliknya.

Menurut pengacara program The Masked Singer Malaysia ini, dia tertanya-tanya adakah program di Malaysia sekarang ini wajib untuk menjatuhkan maruah orang di kaca TV.

"Tak ada fikir perasaan orang ke? Adakah anda sudah terlalu sempurna? Jangan bagi alasan dah tanggungjawab kena komen.

"Nak viral sampai jatuhkan maruah orang, baik buat rancangan Ayuh Maki Orang! " tulisnya dalam hantaran itu. 

Tulis AC lagi, bergurau dan maki orang lain di hadapan orang ada tahapnya.

"Nasib baik bukan saya yang kena. Setiap usaha perlu dihargai. Kelemahan bagi kami mungkin adalah kekuatan bagi mereka. Mendidik bukan mengherdik!

"Saya sudah berada dalam industri selama 33 tahun. Saya benci orang yang menjatuhkan maruah orang hanya untuk hiburan. Mengajar lebih baik dari menunjuk pandai. Tiada siapa yang sempurna," tulisnya. - Getaran, 24 Januari 2023

Sorotan

1

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

2

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

3

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya

4

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

5

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

6

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon