web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Memalukan Peserta Semasa Siaran Langsung, Dah Patut Dihentikan - Aubrey Suwito Bagi Komen Power! 

Bukan itu sahaja, Aubrey turut berpendapat format yang disajikan program hiburan tempatan sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada pembangunan industri muzik secara keseluruhan. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2023 2:14PM

Aubrey Suwito - Gambar dari Twitter @AubreySuwito

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Semuanya sebab dramakan? Lagi panas komen lagi viral”

Demikian respons komposer terkenal tanah air, Aubrey Suwito ketika seorang juri bertindak memberi komen yang disifatkan memalukan peserta sebuah program nyanyian di sebuah stesen televisyen tempatan. 

Aubrey berpendapat, tindakan memalukan peserta semasa siaran langsung perlu dihentikan.

Jika benar-benar ingin marah, lebih baik juri berkenaan bertemu empat mata dengan penyanyi selepas siaran berakhir. Lagipula, memalukan peserta tidak akan menjadikan sebuah program itu bagus.

Bukan itu sahaja, Aubrey dalam ciapannya di Twitter turut menjelaskan bahawa tidak semua orang layak memberikan komen berkenaan nyanyian. 

“Ia memerlukan pengetahuan tentang muzik yang luas untuk seseorang itu memberikan sebuah komen yang membina dan betul. Tak ramai yang mempunyai kemampuan seperti itu.

“Kepada artis yang dikritik dengan teruk di program televisyen, jangan mengalah. Perbaiki segalanya namun kekalkan kekuatan muzik dan gaya anda. Kalau anda sertai program televisyen namun dikritik kerana mempunyai identiti sendiri, ketahuilah bahawa program itu yang ‘rosak’ bukan anda,” tulisnya.

Bukan itu sahaja, Aubrey turut berpendapat format yang disajikan program hiburan tempatan sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada pembangunan industri muzik seccara keseluruhan. 

Sewaktu diminta untuk bercakap, Sissy Iman dilihat teresak-esak dan tidak mampu berkata-kata selain hanya kata maaf.
Sewaktu diminta untuk bercakap, Sissy Iman dilihat teresak-esak dan tidak mampu berkata-kata selain hanya kata maaf.

“Genre muzik memerlukan kekuatan, style, dan bakat yang berbeza. Ibaratnya seorang pemain bola sepak diminta bermain sama hebat dalam sukan tenis dan hoki. Keroncong memerlukan suara besar yang lembut dan kena tahu lenggok. Rock pula memerlukan vokal suara yang nyaring dan kurang lenggok.

“Sudah tentu sesetengah artis boleh membawa pelbagai genre, tapi itukah yang kita mahu? Di Malaysia setiap minggu kita minta artis menjadi versatile tanpa memberi fokus kepada kekuatan dan keunikan mereka. 

“Kalau BLACKPINK ada di sini, kita juga berharap dia nyanyi lagu asli juga ke?” tambahnya.

Naim Daniel dan Sissy Iman. 
Naim Daniel dan Sissy Iman. 

Terdahulu, seorang juri sebuah rancangan pertandingan nyanyian dikritik hebat apabila mengeluarkan komen yang disifatkan memalukan kepada peserta iaitu Naim Daniel dan Sissy Iman. 

Terkesan dengan kritikan itu, Sissy menangis sehingga membatalkan majlis pelancaran album terbaharunya yang dijangka akan diadakan pada Februari ini. – Getaran, 24 Januari 2023 

Sorotan

1

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

2

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

3

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya

4

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

5

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

6

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon