web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Shah Rezza Minta ‘Airport Malaysia’ Jawab Isu Tentang Layanan 'Double Standard' Orang Tempatan 

Pelakon dan usahawan, Datuk Seri Shah Rezza mempersoalkan isu ini apabila melihat sendiri layanan 'double standard' yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2023 10:00AM

Shah Rezza - Gambar Instagram @shahrezza61

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Isu layanan double standard yang diberikan kepada pelancong luar dengan orang tempatan bukanlah sesuatu yang baharu berlaku di negara ini. 

Bahkan, ia sering berlaku di beberapa di dalam beberapa sektor terutama dalam industri pelancongan serta peruncitan. 

Nampaknya, pelakon dan usahawan, Datuk Seri Shah Rezza juga turut berdepan dengan situasi yang sama sewaktu berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), awal pagi  tadi. 

“Malam ini, di Row K KLIA, saya sedang beratur di kaunter Economy. Apabila kaunter Kelas Business kosong, pelancong asing yang berada di depan saya telah diminta untuk check in di sana.

“Saya dibiarkan beratur lama, walaupun kaunter kedua kelas Business untuk check in kosong. Apabila saya dapat check in, saya lihat pegawai wanita telah meminta dua pelancong asing di belakang saya untuk bergegas check in di kaunter Business.

“Apabila mereka selesai, dua lagi pelancong asing juga diminta untuk pergi ke kaunter Business yang sama. 

“Akan tetapi, orang tempatan selepas mereka, tidak pula diminta pergi ke kaunter Business walaupun ia kosong. 

“Hal ini sangat mengganggu saya dan keadaannya seperti satu layanan double standard. Saya mungkin salah. 

“Saya sangat menghargai penjelasan selepas melihat layanan lima bintang yang diberikan kepada pelancong asing ini berbanding orang tempatan (bukan untuk saya). 

“Walaupun, terima kasih Cik AxxxH yang bertugas kerana anda tidak dapat menjawab soalan saya dengan profesional apabila saya menyuarakan hal ini,” katanya dalam sebuah hantaran yang dimuat naik kurang daripada 10 jam yang lalu. 

Dia juga turut meminta pihak Lapangan Terbang Malaysia untuk menjelaskan perkara ini. Biarpun tidak menyatakan destinasi yang dituju serta penerbangan mana yang dinaikinya itu, namun hantaran itu mendapat respon yang baik daripada pengikutnya-pengikutnya. 

Rata-rata mereka mengakui bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang double standard dan sering mengutamakan orang luar berbanding orang tempatan sendiri. 

Tidak kurang juga yang turut berkongsi pengalaman mereka menerima layanan double standard di lapangan terbang Malaysia dan juga di beberapa tempat lain di dalam negara. – Getaran, 16 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Kakitangan 5 Lapangan Terbang Di Jerman Mogok, Ribuan Penumpang Bakal Terjejas

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Nafi Berlaku Kesesakan Di Lapangan Terbang

3

Semasa 2 tahun yang lalu

AirAsia Teruskan Penerbangan Ke Chennai, Tiada Pembatalan Setakat Ini

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Pesawat Dari Israel Diserbu Penduduk Dagestan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 3 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...