web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Pun Pelik Macam Mana Kami Boleh Selamat - Ikmal Amry Teringat Anak Waktu Kemalangan 

Kini anaknya sudah berusia setahun, namun sesekali dia akan terkenang insiden yang nyaris meragut nyawa itu. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2023 6:00PM

Ikmal Amry bersama anaknya Cailie - Gambar Instagram Ikmal Amry

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pejam celik, rupanya anak kepada pelakon Ikmal Amry, Cailie, sudah berusia setahun Januari ini. Tiada perkataan yang dapat diungkapkan menceritakan bahagianya bergelar seorang ayah. 

“Bila dapat tengok anak membesar depan mata, melihat dia boleh merangkak, cuba bercakap, saya rasa ini satu rezeki yang tak semua orang boleh rasa. 

“Saya memang sengaja tak ambil apa-apa tawaran dalam tempoh ini untuk memberi fokus kepada anak saya,” katanya ketika ditemui Getaran di sidang media filem Pulau.

Namun begitu, sesekali dia teringat momen di mana dia dan keluarganya nyaris berdepan maut apabila kereta yang dipacunya terlibat dalam kemalangan. 

“Bila tengok anak dan isteri, saya rasa bersyukur sangat kami selamat semasa kemalangan tahun lalu. Kalau nak diikutkan kereta kami memang remuk teruk.

Pihak Polis hairan bagaimana Ikmal sekeluarga terselamat dalam kemalangan tahun lalu - Gambar Instagram
Pihak Polis hairan bagaimana Ikmal sekeluarga terselamat dalam kemalangan tahun lalu - Gambar Instagram

“Sedangkan polis yang tangani kes kami pun hairan dan terkejut kerana kami bertiga selamat dalam kemalangan itu. Selalunya dalam kes begini, pemandu mesti akan patah tangan dan sebagainya.

“Anak saya yang masih bayi ketika itu pun baik-baik sahaja siap boleh main kunci. Alhamdulillah. Kini saya memandu dah macam pakcik-pakcik, perlahan saja,” katanya ketawa. 

Terkini, Ikmal terlibat dalam sebuah filem thriller bertajuk Pulau menceritakan sekumpulan pengunjung yang melanggar pantang larang pergi ke sebuah pulau terbiar. Akibat kedegilan itu, mereka berdepan dengan situasi cemas sehingga meragut nyawa. - Getaran, 13 Januari 2023 

Berita Berkaitan

1

Semasa 22 jam yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

2

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

4

Semasa 3 hari yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan