Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Shah Radhi Lega Apabila Mahkamah Bebaskannya Daripada Tuduhan Memikat Isteri Orang Dengan Niat Melakukan Persetubuhan

Dua tahun menanggung derita dan malu kerana dituduh melakukan perbuatan sumbang, kini pelakon Shah Radhi boleh menarik nafas lega apabila dia didapati tidak bersalah dan dibebaskan daripada pertuduhan. 

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2022 7:16PM

Shah Radhi kini bebas dari kes mahkamah yang mencalar reputasinya. - Gambar dari Instagram Shah Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon, Shah Radhi Hazvee, 26, kini boleh menarik nafas lega selepas dia akhirnya bebas daripada tuduhan memikat isteri orang dengan niat melakukan persetubuhan yang telah dikenakan kepadanya dua tahun lalu.

Selepas lebih dua tahun naik turun mahkamah, akhirnya Mahkamah Majistret Ampang membuat keputusan bahawa Shah tidak bersalah dan membebaskannya daripada pertuduhan berkenaan. 

“Dua tahun saya merana dan menanggung malu akibat daripada tuduhan ini. Saya gembira dan bersyukur akhirnya terbukti bahawa saya tidak bersalah. 

“Pada tarikh saya dituduh melakukan perkara itu, saya berada di rumah. Dan, waktu itu saya tinggal bersama dengan abang saya di berek polis Keramat. 

“Tambahan pula ketika itu seluruh negara sedang berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama. Jadi tak mungkin saya nak keluar rumah untuk pergi ke rumah orang lain buat perkara yang bukan-bukan,” katanya kepada Getaran.

Tambah pelakon drama Monalisa ini lagi, dia telah diminta untuk pergi ke balai polis bagi memberi kenyataan, namun tidak menyangka akhirnya dia ditahan untuk siasatan sehingga namanya menjadi tajuk berita akhbar tempatan. 

“Disebabkan perkara ini, saya jadi susah untuk percayakan orang sekeliling lagi. Saya hanya percaya dengan mereka yang sentiasa ada bersama saya. 

“Impak kes ini terlalu besar sehingga membusukkan nama keluarga saya. Orang ramai ingat saya kena tangkap basah. Walhal saya sendiri yang pergi ke balai polis untuk berikan kenyataan,” luahnya.

Ditanya adakah kes yang melibatkan dirinya ini memberikan impak dari segi tawaran lakonan, kata Shah perkara itu sudah semestinya namun dia bersyukur kerana masih ada pihak yang mempercayainya.

“Karier lakonan saya tidaklah musnah tetapi reputasi saya sudah tercalar. Saya ada juga dapat tawaran berlakon tetapi tidak seperti sebelum kes ini berlaku. 

“Kadang-kadang saya rasa seperti sudah tawar hati untuk teruskan karier dalam bidang lakonan. 

“Saya sedih kerana ramai yang menghakimi saya sedangkan belum terbukti yang saya bersalah. Selama saya berlakon sebelum ini, saya tak pernah ada masalah dengan mana-mana produksi. 

“Saya nak berterima kasih kepada penerbit dan pengarah yang masih mempercayai saya seperti  Darling Ngasri, Zizan Nin dan syarikat Radius One. Orang yang pernah bekerja dengan saya sahaja yang tahu saya macam mana,” ujarnya.

Kongsi Shah lagi, namanya pernah dicadangkan oleh sebuah produksi sebagai watak utama untuk membintangi sebuah filem, namun tidak lepas Perbadanan Kemajuan Filem (FINAS) gara-gara namanya terpalit dengan kes mahkamah. 

Sebagai pelakon, Shah akui dia tidak boleh bergantung harap dengan hasil pendapatan daripada bidang lakonan sahaja, disebabkan itu dia mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

“Selepas bebas dari tahanan dulu, saya jadi ‘down’ dan alami depresi selama dua minggu. Saya hilang selera makan kerana terkejut dengan apa yang berlaku. 

“Tetapi selepas itu saya fikir takkan saya nak duduk saja tanpa berbuat apa-apa. Jadi saya mulakan perniagaan sehinggalah sekarang,” kongsinya.

Biarpun dilanda kontroversi hebat, namun tahun 2023 bakal membuka lembaran baru buat Shah apabila dua filem lakonannya bakal ditayangkan pada tahun hadapan iaitu filem 18 dan Tetiber Youtuber. – Getaran, 29 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Мahkamah Tetapkan 27 Jun Keputusan Badan Peguam Berhubung Kes DNAA Ahmad Zahid

2

Semasa 6 hari yang lalu

Stoking Tertera Kalimah Allah: Mahkamah Tinggi Batal Hukuman, Sabitan Terhadap Juruteknik 

3

Luar Negara 4 minggu yang lalu

Bekas Menteri Pengangkutan Singapura Hadapi 8 Lagi Pertuduhan Baharu

4

Semasa 1 bulan yang lalu

AGC Belum Buat Keputusan Berhubung Representasi Inspektor Sheila Untuk Batal Pertuduhan

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Selebriti 3 jam yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

oleh Rahayu MN

Selebriti 22 jam yang lalu

Adira Sah Bercerai

Lafaz talak satu dibuat Datuk Seri Adnan Abu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pagi tadi.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

Pelakon jelita berkenaan berkongsi kejayaannya itu di akaun media sosial miliknya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 15 jam yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

oleh Helmi Anuar