web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jika Tahu Pasal Perbezaan Agama, Kenapa Mulakan?– Bapa Saudara Tunisha Sharma Persoal Sheezan M Khan 

Bapa saudara Tunisha, Pawan Sharma mempersoalkan kenyataan Sheezan kepada pihak polis tentang perbezaan agama dan jarak usia mereka.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2022 6:21PM

Tunisha Sharma - Gambar Instagram mendiang Tunisha Sharma

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seluruh warga Bollywood masih terkejut dengan tragedi kematian Tunisha Sharma.

Aktres muda berusia 20 tahun ini maut selepas menggantung diri di bilik mekap pasangan pelakonnya, Sheezan M Khan yang juga dipercayai bekas kekasihnya. 

Sheezan, 28, yang sedang ditahan reman memberitahu polis bahawa dia dan Tunisha memutuskan hubungan cinta kerana sering bertelingkah. 

Satu lagi isu yang menyebabkan mereka berpisah adalah kerana perbezaan agama dan jarak usia lapan tahun.

Kenangan Tunisha dan Sheezan ketika menjayakan penggambaran sebuah drama bersiri. - Gambar NDTV
Kenangan Tunisha dan Sheezan ketika menjayakan penggambaran sebuah drama bersiri. - Gambar NDTV

Sementara itu, bapa saudara Tunisha, Pawan Sharma mempersoalkan kenyataan Sheezan kepada pihak polis. 

Dalam wawancara bersama NDTV, Pawan mempersoalkan mengapa Sheezan sanggup menjalinkan hubungan jika dari awal lagi dia sudah menyedari tentang perbezaan agama. 

Pawan juga memaklumkan bahawa Tunisha dan Sheezan telah menikmati makan tengahari bersama di bilik mekap aktor itu pada hari kematiannya. 

“Apakah makanya itu? Jika hubungan kamu sudah putus, mengapa kamu menghabiskan masa dengannya?,” soal Pawan. 

Jelas Pawan kepada NDTV lagi, Sheezan dan Tunisha menjalin hubungan cinta hampir tiga bulan. Dia juga pernah bertemu dengan ibu Sheezan. 

Bahkan ibu Sheezan dan kakaknya, Falaq Naaz sering menghubungi Tunisha dan berbual. 

Gambar NDTV
Gambar NDTV

Dalam pada itu, ibu Tunisha, Vanita Sharma mendakwa dia pernah menasihati aktor itu supaya tidak menjalinkan apa-apa hubungan dengan Tunisha. 

Namun, Sheezan seolah-olah memberi harapan kepada Tunisha tentang masa depan mereka. 

Oleh kerana itu, apabila mereka berpisah, Tunisha tidak dapat menerima hakikat sehingga hatinya sangat hancur. – Getaran, 28 Disember 2022 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Jangan Biarkan Buli Siber Terus Berlaku, Cegah Sebelum Parah!’ - Saraswati

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Panjat Pencawang Elektrik Setinggi 25 Meter: Bomba Selamatkan Lelaki Cuba Bunuh Diri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tak Jadi Bunuh Diri, Lelaki Berpaut Di Tiang Jambatan

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Fikir Bunuh Diri Seawal Usia 11 Tahun, Senario Serius Harus Dicantas Sebelum Bertunas

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 12 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN