web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rupanya Ini Yang Lee Jae Wook Jumpa Bila ‘Research’ Tentang Malaysia… 

Menurut Lee Jae Wook, perancangan asal untuk ke Malaysia sebenarnya sudah diatur lebih awal, namun kerana pandemik, hasrat itu terpaksa ditangguhkan. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2022 12:05PM

Lee Jae Wook di sidang media 'Annyeong Kawan' - Gambar oleh Wafa Aula 

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon terkenal Korea Selatan, Lee Jae Wook mendedahkan perancangan asal untuk ke Malaysia sebenarnya sudah diatur lebih awal. Namun akibat pandemik, hasrat itu terpaksa ditangguhkan. 

Sebaik sahaja menerima pelawaan untuk terbang ke Malaysia tahun ini, Jae Wook mengakui teruja bertemu peminat dan melakukan kajian mengenai negara ini di internet.

Hasil carian, Jae Wook berasakan ada banyak persamaan di antara Malaysia dan Korea Selatan.

Jae Wook berasakan ada banyak persamaan di antara Malaysia dan Korea Selatan - Gambar oleh Wafa Aula
Jae Wook berasakan ada banyak persamaan di antara Malaysia dan Korea Selatan - Gambar oleh Wafa Aula

“Saya rasa Malaysia dan Korea ada banyak persamaan terutama dari segi landskap dan keindahan yang ditawarkan di kedua-dua negara. Saya harap mempunyai masa untuk menerokanya.

“Bahkan di Korea juga ada banyak tempat cantik yang saya tak tahu pun wujud. Saya mengetahuinya melalui penggambaran drama dan filem yang saya lakonkan seperti sebuah tempat bernama Mungyeong,” katanya kepada Getaran semasa ditemui di majlis sidang media pelantikan artis itu sebagai duta pelancongan Korea, semalam.

Teruja mempromosikan Korea sebagai hub pelancongan dunia, pelakon utama 'Alchemist of Souls' juga berkongsi tempat ‘healing’ dirinya melarikan diri daripada kesibukan. 

“Saya secara peribadinya menyukai sungai Han. Ia sangat cantik dan mempunyai suasana yang berbeza pada malam dan siang. Kalau anda ke sana, cubalah pergi dan rasailah perbezaannya sendiri.  

“Ada banyak aktiviti yang anda boleh lakukan disana seperti makan ramen, atau pergi dating. Saya selalu ke sana naik basikal. Anda mungkin bertemu saya di sana,” katanya. 

Gambar oleh Wafa Aula
Gambar oleh Wafa Aula

Terdahulu, Jae Wook dipilih sebagai duta pelancongan Korea Selatan dan bertanggungjawab untuk melakukan kerja promosi menarik seramai mungkin pengunjung ke negara tersebut.

Malaysia dipilih sebagai negara pertama untuk kempen ‘Annyeong Kawan’ selepas Korea Selatan mengisytiharkan tahun 2022 dan 2023 sebagai tahun melawat negara itu.  

Jae Wook selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Isnin dan disambut meriah dengan kehadiran 500 orang peminat.  - Getaran, 21 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 6 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 2 jam yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN