Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Filem Adalah Pendidikan, Sudah Masanya Kita Contohi Korea Selatan – Jasmine Suraya 

Jasmine berpendapat sudah masanya industri bergerak lebih progresif dengan mengubah budaya kerja pelakon, penulis serta semua yang terlibat dalam penghasilan filem dan drama.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2022 8:00PM

Jasmine Suraya - Gambar fail

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan pengacara Jasmine Suraya berpendapat naskhah lakon layar baik filem atau drama tidak hanya hiburan semata-mata tetapi juga dianggap sebagai alat pendidikan kepada penonton. 

Oleh itu, sudah masanya Malaysia lebih terbuka menghasilkan sebuah karya menggugah pemikiran dan keluar daripada genre hantu dan cinta yang biasanya menjadi pilihan rumah produksi dan syarikat penyiaran television tempatan.

“Penonton kita membesar dengan menonton drama mainstream yang ditayangkan di televisyen. Jadi, sudah menjadi tabiat penonton kita untuk mencari bahan tontonan yang mereka anggap familiar.

“Bila datang sesuatu naskhah yang dianggap berbeza seperti yang ditawarkan platform over-the-top, kita akan ingat ia susah nak faham. 

“Kita perlu akur, penonton kita akan ambil masa untuk menerimanya. Kita lihat sahaja Korea Selatan, mereka pun ambil masa yang sangat lama untuk masyarakat benar-benar boleh menghargai karya mereka,” katanya ketika ditemui Getaran di ibu kota baru-baru ini. 

Jasmine Suraya - Gambar fail
Jasmine Suraya - Gambar fail

Pemegang Ijazah Pengajian Politik Antarabangsa dan Ekonomi Universiti Monash, Melbourne ini juga merasakan sudah masanya industri bergerak lebih progresif dengan mengubah budaya kerja pelakon, penulis serta semua yang terlibat dalam penghasilan filem dan drama.

“Jika sebuah naskhah yang tampil berbeza tidak mendapat sambutan yang sewajarnya, kita jangan anggap ia karya yang gagal. Industri kita tidak teruk, kita dalam proses membina bakat dengan mengubah tabiat penulis mahupun pelakon yang kadangkala masuk set dalam keadaan yang tidak bersedia dengan skrip. Ada banyak budaya yang kena ubah dan ia mengambil masa. 

“Kita tidak ada penulis skrip yang A plus. Kita tak ada cukup sumber untuk benar-benar meneroka cerita-cerita dari luar negara. 

“Apapun, yang penting ialah kita ada kemajuan walaupun ia akan mengambil masa sehingga 20 tahun. 

“Barulah syarikat penyiaran arus perdana akan rasa tersaing dan mahu berikan sesuatu yang baru dan mula mendapatkan penulis, produksi yang baru selain kroni,” tambahnya.

Menurut Jasmine lagi, Korea Selatan telah mengubah landskap dunia hiburan dunia apabila ramai yang melabur untuk turut terlibat menaja naskhah dari negara tersebut.

Bukan itu sahaja, mereka turut menerima sokongan daripada pelbagai pihak untuk memastikan daya kreativiti mereka tidak disekat. 

“Kenapa ramai penggiat seni Hollywood melabur untuk naskhah Korea Selatan? Sebab mereka cakap tentang politik, gangster, jenayah dan banyak lagi genre serta jalan cerita yang pelbagai. 

Jangan sekat kreativiti. Road to Oscar tak akan dicapai jika kita tiada diversiti. Percayalah, setiap anak seni ada banyak kelebihan untuk menghasilkan pelbagai jenis naskhah tidak hanya cerita hantu dan cinta sahaja,” katanya menutup temu ramah. - Getaran, 19 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 5 hari yang lalu

Kedah Mahu Bina LRT Di Langkawi

2

Filem & TV 2 bulan yang lalu

7 Program Korea Selatan Mendebarkan Di Disney+ Hotstar 

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Kemenangan Korea Selatan Ke Atas Australia Bukan Balas Dendam - Son

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Penalti 4 - 2 Bantu Korea Selatan Singkir Arab Saudi

Sorotan

1

Kabinet Belum Bincang Kenaikan Harga Petrol Dan Diesel, Laporan Media Asing Tidak Betul – Fahmi

2

Pemohon Rayuan Haji Sudah Mula Terima Jawapan

3

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

4

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

5

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

6

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Selebriti 20 jam yang lalu

‘Saya Tak Faham Kenapa Marissa Seorang Yang Disalahkan, Dulu Saya Tak Pernah Salahkan Memey’ - Abby Abadi

oleh Helmi Anuar

Muzik 12 jam yang lalu

Festival Muzik Banyak Bagus 2024 Gabungkan Barisan Artis Popular 4 Negara

Festival muzik ini menggabungkan barisan artis dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina

oleh Helmi Anuar

Selebriti 8 jam yang lalu

"Awak Ada Nombor Saya": Muaz Minta Aliff Untuk Jadi 'Gentleman'

Menurut Muaz, beliau dan Aliff sudah ada perjanjian untuk tidak bercerita tentang isu curang ini kepada umum.

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 1 hari yang lalu

Kolaborasi Astro-TikTok Anjur Edisi Terbaharu ‘TikTok LIVE Gimme The Mic’ Di Malaysia

oleh Wartawan Hiburan Getaran