web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Ini Adalah Satu Kebodohan' - Fazley Yaakob Tak Setuju Dengan Budaya Prank, Gimik Demi Meraih Perhatian

Menurut chef selebriti terkenal itu, terdapat banyak lagi cara untuk meraih perhatian bukannya dengan melakukan perkara yang boleh menjatuhkan maruah serta mengundang kemarahan ramai.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2022 12:05PM

Fazley Yaakob - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kebelakangan ini, budaya prank dan gimik melampau dilihat seakan menjadi trend di media sosial melibatkan pempengaruh mahupun selebriti terkenal.

Semuanya dilakukan semata-mata untuk meraih perhatian netizen demi mendapat jumlah tontonan yang tinggi dan menjadi tular.

Terbaharu, tular sebuah video prank yang sengaja dicipta seseorang pempengaruh media sosial kononnya untuk melakukan eksperimen sosial. 

Dalam video berkenaan, pempengaruh tersebut telah menonyoh sebiji kek ke muka seorang wanita yang sedang menolak seorang lelaki OKU di atas kerusi roda. Video itu lantas menjadi tular dan mendapat kecaman ramai. 

Namun, rupa-rupanya semua itu hanyalah lakonan semata-mata dan satu Malaysia tertipu dengan sandiwara yang dilakukan oleh semua yang terlibat dalam video berkenaan. 

Trend ini dilihat semakin menular di kalangan pempengaruh media sosial sehingga membuatkan masyarakat menjadi tidak selesa. 

Bahkan, ramai penyanyi dilihat suka melakukan gimik putus cinta atau sebagainya sebelum melancarkan lagu baru.

Perkara ini turut menarik perhatian chef selebriti yang juga pakar motivasi iaitu Datuk Fazley Yaakob untuk melontarkan pandangannya. 

Katanya, dia tidak bersetuju dengan budaya prank serta gimik sedemikian demi meraih perhatian untuk menjadi tular.

Menerusi hantarannya di Instagram, Fazley menyifatkan perkara seperti prank dan gimik sebegitu adalah sebagai satu kebodohan.

“It’s just a big no! Semua benda jadi ikutan sekarang. Kalau betul nak orang ingat demi ‘marketing’, banyak lagi cara lain.  

“Betullah any publicity is good marketing, tapi kalau benda yang menjatuhkan maruah, meraih simpati palsu atau sengaja buat orang marah, itu dah macam mainkan perasaan followers. Sama macam menipu orang dan merompak kepercayaan followers. Tak begitu?,” tulisnya.

Tambah Fazley lagi, pemantauan badan berwajib harus dilakukan untuk membendung perkara ini dan dia turut meminta pendapat dari Menteri Komunikasi Dan Digital iaitu Fahmi Fadzil. 

Sementara itu di bahagian komen, ramai netizen dan rakan selebriti yang bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan Fazley dan turut berharap agar perkara itu segera dibendung sebelum menjadi semakin parah. – Getaran, 12 Disember 2022


 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...