web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selepas 2 Tahun Lebih Kematiannya, Pangsapuri Mewah Sushant Singh Masih Tiada Penyewa 

Pemilik asal pangsapuri itu juga tidak mahu menyewakan rumahnya kepada mana-mana selebriti filem lagi dan berharap rumah itu akan dapat disewakan kepada famili korporat. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2022 4:12PM

Sushant Singh Rajput - Gambar dari Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudah lebih dua tahun, aktor Bollywood yang kacak dan berbakat, Sushant Singh Rajput, 34, meninggalkan dunia yang fana ini selepas ditemui mati dalam keadaan tergantung di pangsapuri mewahnya di Bandra, Mumbai sekitar Jun 2020. 

Namun, menurut laporan terbaharu Bollywood Hungama, pangsapuri mewahnya yang menghadap laut itu masih lagi terbiar kosong dan sepi tanpa penyewa. 

Alasannya, setiap kali penyewa berpotensi diberitahu bahawa pangsapuri itu adalah kediaman yang sama di mana aktor itu menghembuskan nafas terakhirnya, mereka enggan menyewa, bahkan tidak mahu datang untuk melihatnya. 

Seorang broker berpengaruh, Rafique Merchant menerusi Twitternya telah berkongsi gambar-gambar suasana di dalam pangsapuri yang menakjubkan dengan sewa sebanyak Rs 5 lakh (RM26,720) tetapi gagal mencari penyewa. 

“Orang takut untuk berpindah ke pangsapuri ini. Apabila calon penyewa mendengar bahawa ini adalah pangsapuri  yang sama di mana dia meninggal dunia, mereka tidak mahu melawat flat itu. 

“Ada juga sanggup datang kerana berita kematiannya itu sudah lama. Tapi, mereka tidak memberikan apa-apa kata putus untuk menyewa pangsapuri itu,” kata Rafique kepada Bollywood Hungama. 

''Pada masa ini, sekurang-kurangnya ada yang melawat pangsapuri ini kerana berita kematiannya telah lama berlalu namun, tiada perjanjian dimuktamadkan",'' katanya.

Jelas Rafique lagi, pemilik asal pangsapuri itu juga enggan menyewakan rumahnya kepada mana-mana selebriti filem lagi dan berharap rumah itu dapat disewakan kepada famili korporat. 

Sushant Singh Rajput meninggal dunia ketika pandemik COVID-19 melanda dunia dan berita kematiannya itu telah mengejutkan ramai. 

Kematian Sushant juga mendedahkan banyak sisi gelap Bollywood dan hingga saat ini peminatnya masih berjuang untuk menuntut keadilan terhadap kematiannya itu dan mahu menboikot setiap filem. – Getaran, 12 Disember  2022 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 6 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...