Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Pembakar Semangat Mawi Cetuskan Game Show Tulisan Jawi 

“Saya sendiri memang suka dengan tulisan Jawi. Saya membaca, menulis dan tandatangan pun dalam bahasa Jawi,” kata Mawi. 

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2022 4:02PM

Mawi - Gambar dari Instagram

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Artis yang cukup versatil iaitu Asmawi Ani atau Mawi memang tidak pernah duduk diam atau kekeringan idea untuk menzahirkan idea kreatifnya sama ada dalam menerbit, mengarah, menghasilkan muzik, menyanyi mahu pun sebagai penyampai radio. 

Setelah memperkenalkan segmen belajar bahasa Jawi di stesen radio Zayan, Mawi telah meluaskan lagi kreativitinya itu untuk menghasilkan game show, Mawi Jawi di saluran Astro Oasis pada penghujung Disember ini. 

Bercakap kepada Getaran, Mawi berkata, minatnya dalam tulisan Jawi tercetus sewaktu dia bersekolah agama di Johor. 

“Alhamdulillah, waktu di Johor, saya belajar sekolah darjah 1 sampai darjah khas dan memang belajar membaca dan menulis Jawi

“Saya sendiri memang suka dengan tulisan Jawi. Saya membaca, menulis dan tandatangan pun dalam bahasa Jawi. 

“Bila saya nampak, tulisan Jawi itu sudah semakin dilupakan, saya cuba cetuskan segmen tulisan Jawi di radio Zayan dengan persetujuan penerbit. 

“Saya tidak sangka pula ia mendapat sambutan yang baik. Tapi, benda itu bagus kerana orang boleh belajar balik tulisan Jawi” kata bekas juara Akademi Fantasia Musim Ketiga ini.

Mawi Jawi akan disiarkan di saluran Astro Oasis pada penghujung Disember ini. 
Mawi Jawi akan disiarkan di saluran Astro Oasis pada penghujung Disember ini. 

Menurut Mawi lagi, jiwanya bertambah semangat untuk meneruskan usaha itu apabila membaca sendiri kenyataan Raja Permaisuri Agong,Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang mahu menaikkan dan memartabatkan semula tulisan Jawi. 

“Saya simpan artikel kenyataan baginda (Permaisuri Agong) dan ia kemudian membakar lagi semangat saya untuk buat program game show tulisan Jawi ini. 

“Lagipun apa salahnya, kalau saya bawa ke TV pula. Apabila idea ini saya cadangkan kepada pihak Astro Oasis mereka suka. 

“Objektif saya hanyalah mahu memartabatkan tulisan Jawi ini. Lagipun surat khabar Jawi sudah tidak ada. Jadi, ramai yang tidak tahu tentang tulisan Jawi ini sedangkan tulisan ini sudah berusia beribu tahun,” katanya lagi. 

Mengenai game show yang dinamakan sebagai Mawi Jawi itu, Mawi menjelaskan, ia mengandungi lapan episod dan setiap episod dipecahkan kepada dua segmen permainan serta  akan bersiaran selama setengah jam. 

“Konsepnya saya tidak boleh cerita lebih lanjut. Tapi, apa yang boleh saya katakan, untuk permulaan, kita akan mengetengahkan personaliti dan selebriti daripada pelbagai bidang. 

“Bukan hanya penyanyi dan pelakon sahaja, tetapi kita juga ada peserta dari kalangan ahli sukan, ahli agama dan lain-lain. 

“Kita juga tawarkan pada mereka yang memang minat untuk bermain dalam permainan ini. Kita tengok pada keselesaan mereka. 

“Rami yang takut sebenarnya nak menyertai game show ini. Tapi, kita beritahu mereka, game show ini dilakukan dalam keadaan santai. Sambil bermain, sambil-sambil itu, kita belajar secara tidak langsung.

“Kalau mereka tak konfiden atau tak tahu, kita tidak paksa. Tapi ada juga selebriti yang tak tahu tulisan Jawi, tapi mahu turut serta. Itu yang membuatkan program ini seronok,” jelasnya.  – Getaran, 9 Disember 2022 

Gambar: Mawi IG 

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Muzik 8 jam yang lalu

Fenomena 'Alamak Raya Lagi' Tarik Minat Kaum Lain Raikan Aidilfitri

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

Konduktor Orkestra Filharmonik Malaysia, Ahmad Muriz Che Rose kagumi kehebatan vokal Aina Abdul kerana mampu membuai emosi pendengar dan teruja berkongsi pentas...

Selebriti 12 jam yang lalu

‘Saya Belum Layak Dapat Gelaran Biduanita’ - Ziana Zain 

Bagi Ziana, masih ramai lagi penyanyi yang sesuai mendapat pengiktirafan itu, yang tertinggi sebagai seorang penyanyi

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 1 hari yang lalu

Maryam Pagi Ke Malam Raih 2 Anugerah Di Festival Filem Asia Ke-21