web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Majalah TIME Namakan Michelle Yeoh Sebagai ‘Icon Of The Year’

Kejayaan luar biasa yang diraih oleh pelakon yang berasal dari Ipoh Perak ini telah melayakkan Michelle Yeoh digelar sebagai ‘Icon Of The Year’ untuk tahun 2022. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2022 10:00AM

Michelle Yeoh - Gambar ihsan TIME

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon antarabangsa kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh telah dinamakan sebagai ‘Icon Of The Year’ oleh majalah terkenal, TIME untuk tahun 2022.

Michelle yang berasal dari Ipoh Perak menjadi bualan ramai pada tahun 2022 selepas muncul dengan filem Everything Everywhere All At Once yang mendapat pujian ramai. 

Bahkan, ramai menjangkakan beliau bakal meraih trofi Oscar yang pertamanya menerusi lakonan hebat dalam filem itu.

Menerusi wawancara Michelle bersama majalah TIME, pencalonan dan kemenangan di Anugerah Academy merupakan sesuatu yang sangat bermakna bukan sahaja untuk dirinya malah untuk seluruh komuniti Asia kerana belum pernah wanita Asia diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Academy. 

“Saya pernah berfikir tentang perkara ini. Saya rasa seluruh komuniti Asia juga pernah terfikir tentang perkara ini. Mereka datang kepada saya dan berkata. Kamu lakukan ini untuk kami” katanya. 

Tahun 2022 juga menyaksikan Michelle terlibat dalam filem-filem mega seperti The School Of Good And Evil, Minions :The Rise Of Gru, Paws of Fury : the Legend Of Hank dan yang paling terbaru ialah Avatar : The Way Of Water.

Awal tahun ini, majalah TIME turut menyenaraikan Michelle sebagai salah seorang dari 100 individu paling berpengaruh di dunia untuk tahun 2022. 

Michelle merupakan bekas ratu cantik Malaysia pada tahun 1983. Selepas bergelar ratu cantik, beliau telah berhijrah ke Hong Kong untuk memulakan karier filem dan berjaya mencipta nama di sana. 

Namun populariti Michelle mula memuncak selepas dia dipilih untuk menjadi ‘Gadis Bond’ dalam filem Tomorrow Never Dies disamping Pierce Brosnan pada tahun 1997. 

Antara filem-filem lakonan Michelle yang mendapat perhatian ramai termasuklah Crouching Tiger Hidden Dragon, Memoirs Of Geisha, The Lady dan Crazy Rich Asians.

Tahniah diucapkan kepada Tan Sri Michelle Yeoh kerana terus menerus dilihat mengharumkan nama Malaysia serta seluruh komuniti Asia. Semoga anugerah Oscar menjadi milik beliau. – Getaran, 7 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 bulan yang lalu

Michelle Yeoh Terima Penghormatan Walk Of Fame

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

19 Tahun Menjalin Hubungan, Michelle Yeoh Kini Milik Jean Todt

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

PM Terima Kunjungan Michelle Yeoh Di Putrajaya

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Keunikan Malaysia Yang Membentuk Diri Saya Menjadi Sepertimana Hari Ini - Michelle Yeoh

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 13 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...