web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahu Terma ‘Star Wife’ Dan ‘Star Kids’ Diharamkan, Mira Rajput Kata Tiada Siapa Sebut ‘Star Husband’

Isteri kepada Shahid Kapoor ini rengsa apabila media sering menggunakan terma ‘star wife’ dan ‘star kids’ untuk melabelkan isteri dan anak-anak kepada seseorang aktor. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2022 7:24PM

Shahid Kapoor dan Mira Rajput - Gambar Instagram Mira Rajput

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Walaupun bersuamikan aktor Shahid Kapoor, namun Mira Rajput sebetulnya lebih dikenali sebagai seorang pempengaruh dan YouTuber.

Malah dia juga banyak menghasilkan kandungan-kandungan mengenai matlamat dalam perhubungan dan percintaan. 

Namun, dalam satu temu bual baru-baru ini, Mira mendedahkan bahawa dia berasa rengsa apabila media sering menggunakan terma ‘star wife’ dan star kids’ untuk melabelkan isteri dan anak-anak kepada seseorang aktor.

“Saya tidak pernah faham dengan konsep ‘star wife’? Apa maksudnya? Dan apabila ia digunakan pada kanak-kanak dan melabelnya ‘star kids’, orang tidak suka mendengarnya dan akan mengaitkan dengan hal nepotistik dan semua itu. 

“Kita memiliki aktor atau selebriti yang mempunyai isteri atau suami, tetapi kepada dia tiada siapa yang menggunakan istilah ‘star husband’? Kenapa adanya ‘star wife’,” soalnya. 

Sehubungan itu, Mira berpendapat istilah ‘star wife’ dan ‘star kids’ itu sebagai suatu penghinaan dan ia harus diharamkan dan digugurkan sepenuhnya, 

Mira Rajput dan Shahid Kapoor mendirikan rumah tangga dalam satu majlis perkahwinan tertutup di Gurgaon, Delhi pada Julai 2015.

Sepanjang tujuh tahun mendirikan rumah tangga, pasangan ini telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Misha dan Zayn. 

Memiliki jarak usia yang jauh berbeza, Mira yang 13 tahun lebih muda daripada Shahid telah berkahwin dengan aktor itu atas pilihan dan aturan keluarga. – Getaran, 5 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Tak Munasabah Hapus, Kurangkan Pencen Mantan Anggota Kabinet - PM

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Shahid Kapoor Bangga Tayang Kediamaan Baharunya Menerusi Balkoni

3

Semasa 4 tahun yang lalu

Perluas Penghapusan AP Kepada Barang Lain Termasuk Kenderaan - DAP

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Malaysia Kemuka Kemajuan 5 Tahun Hapus Diskriminasi Wanita Kepada PBB

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 6 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN