web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Terjatuh Di Karpet Merah, Ernie Zakri Tetap Teruskan Persembahan Di FFM32 Dengan Kaki Berbalut

Ramai yang terkejut apabila Ernie mendedahkan dia telah terjatuh sebelum membuat persembahan di FFM-32 sehingga menyebabkan kakinya berbalut.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2022 2:09PM

Gambar Instagram Ernie Zakri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengorbanan sebagai anak seni kadang kala melebihi segalanya. Itulah yang terjadi kepada penyanyi bersuara hebat, Ernie Zakri apabila dia telah terjatuh di karpet merah Festival Filem Malaysia Ke-32 yang berlangsung pada Jumaat lepas

Ernie merupakan salah seorang penyanyi yang diundang untuk membuat persembahan di pentas FFM-32 menyampaikan medley lagu 'Getaran Jiwa' dan 'Jeritan Batinku' sempena tribute kepada Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Namun bak kata pepatah, malang tidak berbau. Ernie terjatuh ketika melalui karpet merah sebelum acara bermula dan mengalami kecederaan di bahagian kaki.

Disebabkan itu Ernie terpaksa membuat persembahan dalam keadaan kakinya yang berbalut sambil menahan kesakitan.

“Kemalangan di karpet merah. Tetapi saya bernasib baik kerana solekan masih kekal dan kuku palsu tidak tercabut. 

“Alhamdulillah, terima kasih kepada pasukan medik yang berada di sana. Kesakitan tak terasa sampailah habis menyanyi. 

“Terima kasih kepada teman-temanku yang sambut kejatuhanku tanpa gelak ketawa. Saya tahu semua menahan gelak dan cemas pada masa yang sama. Anda memang hebat. 

“Ku terjatuh tetapi ku tetap teguh berdiri! Show must go on orang kata,” tulis Ernie di hantaran yang dimuatnaiknya di Instagram.

Sementara itu di bahagian komen, ramai netizen dan rakan artis yang terkejut dengan pendedahan Ernie dan mendoakannya agar cepat sembuh. 

Mereka juga memuji Ernie yang tetap memberikan persembahan yang hebat biarpun sedang bergelut dengan kesakitan.

Semoga Ernie lebih berhati-hati apabila berjalan di karpet merah selepas ini terutamanya di AJL nanti! – Getaran, 5 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Kecederaan Zara Qairina Sepadan Akibat Jatuh, Bukan Dipukul - Pakar Patologi

2

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Empat Live In Kuala Lumpur Hanya Tinggal 15 Peratus

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Ernie Zakri Muncul Dengan Produk Suplemen Untuk Kekal Bertenaga Jalani Kehidupan Harian

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Ernie Zakri Tak Sangka Lagu 'Masing Masing' Kembali Meledak Selepas Dinyanyikan Bella, Adira

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 14 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN