web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selepas Lama Bercinta, Akhirnya Syifa Melvin Sah Jadi Isteri Safawi Rasid 

Syifa Melvin yang juga adik kepada Syatilla Melvin ini turut dilihat menitiskan air mata sejurus selepas Safawi melepasi akad nikah itu dengan hanya sekali lafaz. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2022 9:30AM

Safawi Rasid dan Syifa Melvin - Gambar Instagram weddingsbyemma

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Akhirnya segala persoalan telah pun terjawab.  Pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid telah menamatkan zaman bujangnya apabila sah menjadi suami kepada pempengaruh dan pelakon, Syifa Melvin dalam sebuah majlis akad nikah dan majlis resepsi yang berlangsung di sebuah hotel di Petaling Jaya, malam tadi. 

Mengenakan busana sedondon rona krim rekaan Emma Zuraida daripada Weddings By Emma, pasangan yang cantik dan sepadan ini nampak gugup sepanjang majlis ijab kabul itu berlangsung. 

Syifa Melvin yang juga adik kepada Syatilla Melvin turut dilihat menitiskan air mata sejurus selepas Syafawi melepasi akad nikah itu dengan hanya sekali lafaz. 

Majlis akad nikah dan resepsi mereka turut dihadiri ramai ahli keluarga dan rakan-rakan seperjuangan mereka. 

Hubungan cinta di antara Safawi yang juga tonggak utama JDT dengan adik ipar kepada aktor Shaheizy Sam ini sudah lama terjalin, namun masing-masing cuba mengunci mulut tentang perhubungan mereka. 

Bahkan, pasangan ini juga cuba merahsiakan tentang majlis pernikahan mereka, namun ia dapat dihidu oleh netizen selepas kad kahwin mereka tersebar di media sosial. 

Apapun, majlis ini tentunya diraikan dengan penuh bahagia oleh Safawi sendiri selepas JDT berjaya menjuarai Piala Malaysia apabila menewaskan Selangor dengan jaringan 2 -1 di Stadium Bukit Jalil, baru-baru ini. Tahniah buat pasangan pengantin Safawi dan Syifa #syifawi. – Getaran, 29 November 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 6 bulan yang lalu

Majlis Resepsi Erra Fazira, Ezwan Berlangsung Meriah, Erra Buat Sendiri Cenderahati Untuk Tetamu

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Busana Majlis Nikah, Resepsi Afifah Nasir Dikritik

3

Seni & Hiburan 2 tahun yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shakila Khoriri Kembali Bergelar Isteri

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN