web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Video Rasis Di Group Whatsapp, Sangeeta Ingatkan Anak Muda Jangan Mudah Terpengaruh

Pelakon filem Juang itu juga mengakui tidak terlepas daripada menerima video berbaur sentimen perkauman di group Whatsapp.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2022 3:00PM

Sangeeta - Gambar oleh Wafa Aula

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Gusar dengan sentimen perkauman yang berlegar di platform media sosial, pelakon Sangeeta Krishnasamy mengingatkan semua pengguna khususnya anak muda untuk tidak mudah percaya dengan propaganda yang sedang berlegar. 

Pelakon filem Juang itu juga mengakui tidak terlepas daripada menerima video berbaur sentimen perkauman di group Whatsapp sekaligus gusar dengan  bahana yang bakal berlaku sekiranya video seperti ini berjaya mempengaruhi keharmonian sesama kaum pada hari ini.

“Bagi saya, anak muda jangan terlalu bergantung kepada TikTok sangat. Platform media sosial seperti TikTok hanyalah untuk hiburan dan tempat dimana orang meluahkan pendapat. Ia bukan fakta. Jadi tidak perlulah terikut sangat terutamanya jika ia melibatkan hal sensitif seperti politik dan perkauman. 

“Sebagai rakyat Malaysia, jika kita berpengetahuan, orang tak akan mudah mempengaruhi kita,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis sidang media pengumuman finalis Festival Filem Malaysia Ke-32 baru-baru ini.  

Bukan itu sahaja, Sangeeta turut mengingatkan orang awam agar tidak berkongsi apa-apa video yang boleh mencetuskan provokasi perkauman dan merajinkan diri mencari bahan bacaan yang sahih daripada sumber berita yang sah.

“Suara kebencian yang mereka katakan di TikTok ini sebenarnya hanyalah golongan yang kecil. Jadi jangan tengok golongan kecil ini dan kita buat andaian. 

“Buatlah kajian, baca fakta daripada media yang sahih. Di TikTok hanyalah pendapat. Mereka bercakap tentang agama akan terancam, tapi di mana terancamnya? Tidak ada pun di dunia nyata. Kita semua sebagai rakyat Malaysia semuanya saling harmoni dan bersama-sama. Ia hanyalah ancaman palsu untuk ahli politik mendapatkan sokongan,” tambahnya.

Filem Juang lakonan Sangeeta yang mengangkat semangat perpaduan rakyat Malaysia semasa pandemik COVID-19 berjaya membolosi 10 pencalonan di FFM32 yang bakal berlangsung di Encore, Melaka pada 2 Disember.

Terdahulu, Filem lakonan Sangeeta, Adiwiraku meraih anugerah Filem Terbaik dan Cerita Asal Terbaik pada FFM29. Sangeeta pula diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik.  - Getaran, 28 November 2022 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 23 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN