web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


 Adalah Suatu Pengkhianatan Andai Kerjasama Antara BN dan PH Terbentuk – Ellie Suriaty 

“Apabila kita telah kalah dalam pilihan raya, perkara terhormat yang harus dilakukan oleh ketua kapal adalah mengundurkan diri. Ia adalah perkara yang sangat gentleman,'' kata Ellie. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2022 12:46PM

Ellie Suriaty

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Petang semalam, pengarah dan aktres Ellie Suriaty adalah antara sebahagian daripada mereka yang sepatutnya berkumpul dan mengadakan perhimpunan secara aman di bangunan UMNO bagi membantah gabungan Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH). 

Walaupun tidak bergiat di dalam bidang politik secara langsung, namun kehadirannya di situ adalah untuk memberikan sokongan terhadap ketua-ketua UMNO bahagian yang turut mengadakan bantahan tersebut.

Namun perhimpunan yang dijadualkan itu telah dibatalkan atas sebab tertentu dan hanya Tan Sri Annuar Musa yang mengadakan sidang media.  

Perhimpunan secara aman telah dibatalkan semalam sebaliknya hanya Annuar Musa mengadakan sidang media. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Perhimpunan secara aman telah dibatalkan semalam sebaliknya hanya Annuar Musa mengadakan sidang media. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Mengulas mengenai perkembangan politik tanah air, Ellie berkata, dia pernah menjadi pembangkang tegar ketika PH memerintah selama 22 bulan.

“Kita telah melalui fasa yang sangat perit. Itu yang pernah saya nyatakan dan ia adalah suatu fakta dan kebenaran. 

“Ketika kempen pilihan raya lalu, saya hanya berkempen melalui media sosial. Apabila diterjemahkan ke kertas undi oleh pengundi-pengundi yang memilih BN, tentu sekali mereka menolak PH menjadi kerajaan. 

“Akan tetapi apabila adanya rundingan tersebut, ia satu perkara yang saya faham adalah, ia  satu perkara yang biasa, apatah lagi bila ada gabungan yang cuba dibentuk oleh parti-parti politik. 

“Tapi kita jangan panik dulu. Ini hanya sekadar rundingan kerana kita berada dalam sebuah negara demokrasi. .Ia hanyalah sekadar rundingan antara BN dan PH. 

“Tapi, tentulah kami menolak andaikata ada gabungan antara PH dan BN. Sebab ia sangat bertentangan dengan wadah perjuangan agama, bangsa dan tanah air,” katanya. 

Menurut Ellie lagi, ramai yang cuba menyalahkan slogan agama, bangsa dan tanah air, dalam erti kata lain dengan melakukan cubaan untuk membuat provokasi dan atau memutar-belitkannya. 

“Ingin saya nyatakan di sini selama 61 tahun BN memerintah dan mentadbir negara, kita tidak pernah mengamalkan sikap diskriminasi terhadap mana-mana bangsa atau kaum. 

“Ini kerana ia telah termaktub dalam perlembagaan persekutuan perkara lapan iaitu hak sama rata, kebebasan beragama, melaksanakan gaya hidup adat budaya dan sebagainya. 

“Tapi dalam perlembagaan persekutuan perkara 11, agama lain dilarang mempengaruhi umat Islam untuk menukar agama. Sebab orang yang beragama lain kalau menganut agama Islam adalah kerana hidayah. Bukan dilakukan secara paksaan. Itu kita kena jelas. Agama Islam juga adalah agama persekutuan dalam perkara ketiga,” katanya. 

Namun kata Ellie, sewaktu dia menjadi pembangkang dan melalui pengalaman yang perit itu, agama Islam seringkali dijadikan sasaran oleh pihak tertentu.

“Adalah amat tidak wajar untuk mengatakan bila kita pegang wadah perjuangan agama bangsa dan tanah air itu, orang Melayu itu rasis. Kerana semasa BN menjadi kerajaan selama 60 tahun, kita sangat menjaga keharmonian rakyat dan bangsa-bangsa lain,” katanya. 

Ellie turut mengingatkan semula tentang mandat Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang diadakan pada tahun lepas. 

“Dalam perhimpunan ini, sudah dinyatakan, tiada Anwar, tiada DAP. Hal ini telah dipersetujui 191 bahagian dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan Majlis Tertinggi (MT) UMNO. Perkara ini telah dizahirkan sendiri oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku presiden dan kita masih berpegang kepada kata-kata itu. 

“Jadi gabungan bukanlah atas kehendak presiden. Sebab apa pun rundingan yang dilaksanakan, ia haruslah melalui MKT dan MT.

''Bukan atas keputusan presiden. Ya, betul siapa pun yang memenangi kerusi di pilihanraya, ia  memberi peluang kepada presiden untuk membuat gabungan tetapi ia harus dipersetujui MKT dan MT UMNO termasuk BN secara keseluruhan. 

“Tapi, ia bukanlah lampu hijau untuk presiden membuat keputusan sendiri. Ia bukan kuasa veto presiden. Jika hendak mengubah kenyataan tiada Anwar dan tiada DAP, ia harus melalui PAU. 

“Ia bukan semudah menerima gabungan BN dan DAP sewenang-wenangnya. Apatah lagi, wadah perjuangan mereka sangat bertentangan dengan wadah perjuangan BN itu sendiri,” katanya. 

Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi

Mengenai desakan supaya Zahid berundur, Ellie turut menzahirkan pandangannya secara profesional. 

“Apabila kita telah kalah dalam pilihan raya, perkara terhormat yang harus dilakukan oleh ketua kapal adalah mengundurkan diri. Ia adalah perkara yang sangat gentleman. 

“Dia harus melakukannya dan perlu menyerahkan kepada Timbalan Presiden atau dibuat pemilihan semula untuk memilih Presiden UMNO. 

“Lakukan semasa anda boleh dan anda perlu ambil tanggungjawab atas kejatuhan. Mereka yang memilih BN adalah kerana mereka yang menolak PH. Adalah suatu pengkhianatan andai  kerjasama di antara BN dan PH terbentuk,” katanya. 

Menurut Ellie lagi, dia bersikap terbuka bahawa politik adalah politic is an art of  possibilities dan segala kemungkinan boleh berlaku.

“Hari ini musuh, tapi esok tak bermusuh. Tapi, ia tidak boleh bertentangan dengan wadah perjuangan. Itu harus jelas. 

“Untuk Parti Perikatan Nasional (PN) pula, saya sarankan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk turunkan ego. Nampaknya, dia perlukan gabungan ini bersama BN. Jangan hantar wakil untuk buat rundingan atau pun perjumapaan dengan UMNO, BN. 

“Tan Sri Hadi Awang dan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta orang-orang besar dalam PN, datanglah ke Putra World Trade Centre. Datanglah berjumpa dengan dengan MKT dan MT UMNO. Apa salahnya? 

“Kalau Anwar Ibrahim boleh buat dan Rafizi pun boleh sampai, kenapa anda tak boleh buat? Bukankah kamu asalnya daripada UMNO juga, melainkan Hadi Awang. Itu nasihat saya kepada Tan Sri Muhyididin,” katanya. - Getaran, 22 November 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 6 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN